Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Wednesday, October 13, 2010

Kantoi Di Makmal Sekolah

          Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, tadi dalam kul 2pm ada lab test untuk subjek WAN Technology, tajuk yang masuk is Packet Tracer, contoh dia macam post sebelum ini. itu pun member kasi tau update 1/2 jam sebelum test berlangsung, haha dan disebabkan aku kepenatan aku suruh kawan-kawan bilik tolong cakapkan kat lecturer aku lambat sikit ke lab. lepas diorang belah aku bersiap la sambil-sambil belek nota packet tracer yang aku salin masa kelas malam tempoh hari pada minggu lepas, tak kaget sangat sebab dah buat latihan kat CC masa balik KL sambil-sambil kemas rumah.


          Habisje mekap aku pun angkut beg sekolah dan beg laptop, pakai kasut, turun bawah, letak barang dalam kereta dan start drive ke kolej. Tak rushing pun, sebab mata kelat plus hemisfera kanan kepala aku sakit  sikit. Alhamdulillah sampai jugak ke kolej, lepas parking aku pun sandang beg sekolah dan head to the lab di tingkat 3 @ bangunan batu. Sampai je kat tingkat 3 aku disapa dengan ayat yang agak best dari kawan sekelas yang berbunyi begini "Eh, ada pun Shukri, ingatkan takde... dia ni lagi best time periksa je datang... kelas tak masuk..". aku maaf kan aje dia, sebab dia tak tahu full story kenapa aku tak datang, bukan aku berlagak pandai sampai tak nak masuk kelas, kalau korang baca post sebelum-sebelum ni korang pun tahu kenapa aku tak pegi kolej. aku ignore je dan terus tanya kawan rumah aku "Weh Zul, test kat sini ke?" dia pun menjawab "Ha'ah...". Siapa Zul? kalau korang baca post tentang KeLe mesti korang kenal Zul hehe..


          Aku tgk jam dah hampir pukul 2.30pm, lecturer menyuruh kitorang keluar dahulu dari Lab untuk susun soalan [sebab soalan lain-lain; tiap orang tak sama], selesai proses itu kami pun dibenarkan masuk dan duduk di meja masing-masing. "Okeh boleh mula sekarang" kata En.Firdaus, jadi aku pun terus lah ambil pen dan tulis nama di kertas periksa dan mula baca arahan soalan, nasib baik baca kalau tak baca dan terus menonong buang sebijik macam semasa buat latihan, masak wo! sebab IP dan End Device ada tukar sikit, eh suda tukar ka? Coding punya coding, aku menghadapi 1 masalah, kenapa tak boleh ping ke 3 pc yang lain ni? adus... semua setting aku dah buat kot.... hmmm. untuk kepastian yang aku tak salah membuat coding aku pun create new file dan start over from scratch............... SAMA JUGAK! ARGH! apa lah masalah Packet Tracer ni? Masa berjalan ni.. hmmm


          Disebabkan masalah yang aku hadapi ini seperti bukan error dari aku dan mungkin dari version Packet Tracer, aku pun tanyalah En.Firdaus selaku lecturer yang jaga Lab dan aku agak terkejut kerana dia kata masalah yang aku hadapi sama seperti masalah yang dihadapi seorang budak kelas yang sedang ambil test di Lab 1, kitorang kat Lab 2. so aku ingat tak boleh fix la, kemudian aku tanya Zhi Li, dia pun mencadangkan aku save dalam Thumbdrive Official untuk test tuh dan cuba open Save File aku kat pc lain, dan aku buat lah, then cucuk kat PC dia. Try open, SAMA JUGAK! GRR.... aku mula argue pasal version yang kitorang guna dengan version yang ada sedia terinstall dalam Lab tuh, tapi kenapa Zhi Li punya boleh ping semua pulak? ini mengesahkan bahawa masalah tidak boleh ping itu datang dari salah setting a.k.a salah aku, >.<


          En.Firdaus suruh aku try buat kat PC Zhi Li dan try tgk apakah yang menyebabkan error tak boleh ping tu, so aku buat la balik untuk kali ke 3 kalinya tapi kali ini aku buat cara 'Place and Test' dan bukan letak semua, coding pastu baru nak test. aku pun letak la Tool Router, Switch dan 3 end Devices [PC] dalam workspace Packet Tracer tuh. Tarik nafas, hembus, come on shukri you can do this! i said. so aku start coding balik Switch and after that try to ping all the 3 End Devices, Still NO RESPONSE! WTF! >.< ini tak boleh jadi! so aku tekan satu-satu End Devices yang aku letak a.k.a Pc-A,pc-B dan Pc-C, aku tgk kat tab config, IP dah setting dah, kenapa tak boleh ping ni! dan tiba tiba ..........

PLING! MUNCUL LAH!~

aku dapat ilham, gambar-gambar tutorial yang aku past sebelum ini muncul dalam kepala, AHA! i know how to fix this! aku tak config ip kat bahagian Fast Ethernet macamana nak gerak ping tuh hahahahahaha, seriously a silly mistake. selepas letak ip kat bahagian Fast Ethernet, hmmmph.... boleh ping sudah.... telnet pun jalan... hehe... sendiri buat Tutorial pun tak ingat lagi hehe. SIAP! aku hantar jawapan dan soft copy save file untuk packet tracer tadi dan pulang dengan hati yang lega ^_^.

Monday, October 11, 2010

Tutorial Latihan Packet Tracer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
arini nak buat tutorial guna packet tracer.latihan kali ini kita akan cuba buat network diagram macam gambar di bawah ni dan setting semua sambungan antara semua perkakas.

1. Buka Packet Tracer, jika belum install dapatkannya disini DOWNLOAD

2. Setelah buka, susun seperti dalam gambarajah dengan menggunakan tools yang boleh diambil dari bahagian bawah kiri [bottom left]

2.1 Setkan ip ke semua device kecuali switch, caranya double click atau click mana-mana node dan pergi ke tab config [ 1 ], cari button 'Fast Ethernet'  [ 2 ] dan setkan nombor ip di [ 3 ] seperti gambar dibawah. IP ikut suka anda tapi makesure ia boleh digunakan, contoh senarai ip ada di gambar lagi satu, scroll bawah sikit.

setting IP di end device[pc]



Saya sudah tandakan tools guna shape untuk direfer a.k.a legend, tgk kotak atas kiri [top left]. sekarang kita mula setting di console.

2. double click 'switch' dan pergi ke tab 'CLI.'
CLI untuk switch : mungkin berlainan dari paparan di CLI switch anda
  •  tekan enter dan tulis command en, pastinya anda akan mendapat paparan berbentuk #
  • kemudian tulis config, kemudian tekan enter untuk konfigurasi
  • tukar hostname menggunakan command ini : 'hostname NamaSwitch' contoh dibawah
test(config)#hostname SwitchA

dan anda akan mendapat

SwitchA(config)#

selepas menekan enter.

masih dalam kadaan #, taipkan 'write mem' untuk save konfigurasi

    write mem dalam keadaan #

setelah berjaya 'write mem' yakni save, kita continue ke cara setting ip di 'switch'
  • dalam keadaan # taipkan 'int vlan1' dan tekan enter, anda akan mendapat paparan seperti ini iaitu 'switchA (config-if)#'
  • seterusnya dalam keadaan (config-if)#, taipkan 'ip address 10.0.0.4[jarak]255.255.255.0, tekan enter -tiada paparan konfirmasi, jika berjaya paparan akan kembali ke (config-if)#.
  • seterusnya, taipkan 'exit' hingga #
untuk melihat kita mempunyai IP atau tidak, commandnya ialah
show ip int brie
contoh paparan:

Contoh paparan yang akan keluar
Contoh paparan akhir yang akan keluar**

untuk up kan vlan yang down, ikuti cara berikut
  • dalam keadaan (config)#, taipkan int vlan1, seterusnya taipkan no shut
untuk membuat banner atau message of the day atau welcome message semasa buka console ikuti cara berikut:
  • dalam keadaan (config)# taipkan banner motd # mesej anda #

contoh paparan
selamat datang ke kedai mamak



AKAN BERSAMBUNG

Thursday, October 7, 2010

KeLe For Breakfast

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
breakfast atau 'buka puasa' atau sarapan pagi adalah sajian yang dimakan diwaktu pagi dan bukan dimakan diwaktu makan sebab kalau waktu malam dah jadi dinner atau 'makan kat warung sebab tak kawen lagi' atau makan malam. haha.

Alkisah menjadi cerita pasa suatu hari tokei cyber cafe kawan aku kat kl suruh passing satu parcel kepada abang aku, parcel itu berupa silinder dan beratnya lebih ringan dari dumbell untuk wanita... dalam pale otak aku fikir "ini macam..... oooohhh!" tokei tu cakap "nanti passing kat abang ko eh?" aku pun reply "wokkeh!". Tetapi disebabkan terlupa aku pun TERbawak lah parcel tu ke kolej. pastu aku start enjin kete dan jalan...

Keesokkan harinya iaitu semalam bersamaan 6 oktober tahun 2010, parcel itu aku kekah sampai habes. hahaha. nak tahu apa isi? tgk je la hambo gambo yang dah di snap semasa upacara kekah beramai2 [ramai la sgt padahal 3 orang je] hehehe... kenyang!

Wekkk
Hahaha bukan kucing tu la kena kekah! ni ha yang kat bawah ni....

Pinggan Penuh KeLe nyumm nyummm!~
Yaaaa its KeLe~ shortform Keropok Lekor hahaha... sedap skit panggil KeLe, special sikit, ye dok? hehe
nampak tak tekstur KeLe tu? kuning keemasan, pandai Zul goreng haha.. Zul tu kawan serumah, serumah 3 orang yang sepatutnya 4 tapi 3 pun dah cukup sendat kat umah tingkat 3 ni heeheh.

Sos Cili Kimball dalam botol senang picit. haha senang picit. LOL.
Haa... nampak tak kain biru yang kat penjuru atas kanan tuh, tu lutut Zul kalau nak tahu haha.. nasib ko lah Zul sape suh bercokin / bertuala aje but thanks again sebab tolong gorengkan =) time ni aku ngan kawan aku lagi sorang, Lan, tak mandi lagi yang dah ondeway mandi Zul sorang je lah. haha. gamba ni pun ambik denagn keadaan meniarap. punye la....

Combo Meal Ala Kadar. plus alas KeLe terbakar haha.
Yess dah boleh makan! lepas kami baca doa makan dan bismillah, apa lagi, NGAP TIME! 

Hoh nak cicah sos pun nak berebut, sah sedap la tu ekekeke
Keadaan sepinggan KeLe selepas 2 minit dikekah
Last kopek colet sos. JIMAT CERMAT AMALAN MULIA.
Selepas masa tambahan. Hanya sisa yang tinggal.
Call us savages, but actually we are just damn hungry and the food was damn tasty. Alhamdulillah.
Tak sampai pun 5 minit abes sume KeLe kami kerjakan. dan as to return Zul's favor of helping to fry the KeLe aku tolong la cuci pinggan, Lan pun same hehe. after that delicious snack [ lapar lagi ] kitorang gerak ke kolej, ADA KELAS! 

till next time i share my breakfast with you guys/gals. adios.


Sunday, September 26, 2010

iPlayGames : myChronicle

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia,
disebabkan aku suke main game so aku nak buat satu post about sume ONLINE game yang aku main.

segala-galanya bermula dengan 

Ragnarok Online
yaaa. aku ingat lagi masa-masa dia baru lauch kat Malaysia, boleh kata game online pertama yang succesfully penetrated the market masa tu, sume orang main, baik budak skolah sampai orang besar. aku dapat tahu game ni pun dari Cyber Cafe. ada banner besar. pastu time tuh dalam cc sume main so aku pun try la main. Dan disebabkan itu lah abang aku yang tue bangke tu pun terjebak, dia kata aku pembawak virus sebab kawan2 dia yang tue bangke pun main skali hahahahaha....

moving on.

selepas kejayaan RO, malaysia digegarkan dengan kemunculan 3D online game pertama di Malaysia.

Risk Your Life
Risk Your Life. title pun dah pikir 3 kali nak main [ time tu lah ] haha. game ni paling lama aku keep on playing until dia launch sequel dia RYL 2. aku stop kat RYL 2 halfway sebab gameplay dia dah mengarut, terutamanya enhancing features yang dah overrated. when i say overrated it mean boleh buat item GODLIKE yang UBER MENGARUT. and in between masa tinggalka RYL ngan RO server Original, aku main server-server private RYL dan RO. tapi tak lama lah. yang lama pun dekat RYL-Underground yang masih mengekalkan konsep asal RYL, sayangnya dah tutup server sebab serangan DDoS yang melampau. oh those memories.

Warcarft 3 : Reign of Chaos
Warcraft 3 adalah next in the list. game ni pada masa tuh terasa gempak gila sebab cinematic dia perghh [masa tu la]. pastu dia pakai enjin game baru untuk game isometric-like, lebih cantik dari Diablo [alah company yang develop pon sama, Blizzard haha]. aku tak main campaign dia sgt, tapi main LAN games, yang paling significant ialah DoTa atau Defense of The Ancient, satu map yang founded by a guy nicked Eul. 

Example DoTa interface Version 6.xx
masa tu map dia takde description kat item langsung! main tekan je la kalau nak beli barang pun haha. then came a guy who developed this map, his nick was Guinsoo. ya sounds korean, mmg korean pun yang buat map ni. sejak dari tu map2 Dota dating back version 2.00. kalau ada kawan2 dota yang baca ni kalau rasa salah tolong betulkan ye. disebabkan game W3 : RoC mendapat sambutan hangat, Blizzard kuarkan expansion dia which is

Warcraft 3 : Frozen Throne a.k.a Arthas Jahat
Ahahaha arthas jahat! disebabkan kene sumpahan Frostmourne. gameplay still sama just content update je.
next game is

MU Online @ Webzen
MU online. tak ingat la game ni main lepas RYL ke or in between RO and RYL. main game ni pun sebab kawan ajak suh try game nih. mula mula agak frustrated la dengan isometric camera angle yang static macam Diablo tapi lama2 layan gak haha. ada la naik lvl sampai lvl 20. pastu stop. NAIK LVL SANGAT LAMBAT! komuniti yang main MU kat CC tersebut pada masa itu sikit je. ada la dalam 5 orang [gamer tetap mu kat cc].

The next game ni aku rasa most gamer tegar tau
World Of Warcraft
Selepas seronok berperang sesama rakan2 dalam DoTa ada ura-ura kata Blizzard nak kuarkan game MMORPG base on warcraft dan World of Warcraft adalah end product dia. Berbeza dari gameplay isometric Warcraft, WoW offers 3D environment, tgk je la gamba kat bawah ni.

WoW Mounts
huii seronok main WoW! timetuh rahang jatuh lamtai la tgk environment dia, pergh! map besar! PvP Raid! Dungeon Epic! mmg jadi buah mulut la time tuh, skang WoW dah sampah dah sebab tuan punya story maker Warcraft kene buang dari Developer Group so jalan cerita WoW dah lari jauh dan mengaruts! sempat jugak la main sampai lvl 60, tapi rak sambung untuk expansion lvl 70 ke atas sebab takde duit. maklumlah bulan2 kene bayar kalau nak main! sanggup tu bayar! haha. Dan Macam biasa kalau dah takde duit tuh buat la cara takde duit kan, main pun kat CC, bayar duit pc lagi, lepak minum lagi, bulan2 bayar lagi! MAMPOS! abes duit allowance. hahaha. Oleh itu aku pun carik la Private server WoW, BANYAK! tapi BANYAK BUG, susah nak carik server yang elok, WoW is quest based LvLing [nak grinding pon boleh] so private2 server ni quest dia banyak tak scripted lagi.

Tapi selepas kemunculan game lepas ni, semua anggapan game online aku berubah sama sekali, game itu adalah

Guild Wars
GuildWars :Just as the name, perang guild. TOUGH! perkataan paling sesuai untuk describe game nih. tak macam game Asia lain yang fokus on Grinding [apa ko ingat pompuan penari perut je bole grinding?] yang bermaksud pukul monster seko2 untuk naik lvl macam orang gila. Max lvl GW only 20 sahaja tapi monster dia boleh naik sampai lvl 30! 

GuildWars:Factions

Teringat lagi masa lawan Kraken, Boss pertama kitorang hadap
Anak Kraken // Sori gamba kualiti Low
Dah la Kraken tu lvl 30, Besar dia nisbah 4:1 denga ketinggian karakter dalam game! amik masa 2 minggu nak bunuh sebab sebelum jumpa dia kene fight 3 wave PvP dengan NPC just to get the STICK to IMPALE him which is USELESS. URGH! kalau nak tau la, saat abes je bunuh Kraken, kitorang 5 orang terus tolak keyboard, bangun dari kerusi, pi amek angin sambil minum kat mamak. tak dapat dibayangkan tahap kepenatan yang MAKSIMAS. 10 minit~15 minit. terduduk diam. tak bercakap apa2. sume pandang muke sugul dan tension masing2. geleng kepala. isap rokok [ aku tak isap!].  dan.... sigh... tak reti nak express dah.
sekarang guildwars dah expansion ke 4. tgh tunggu Guild Wars 2 nak keluar hehe.

sebenarnya banyak game lain aku main sama kawan2. 90% game yang disenaraikan di OnRPG.com sume kitorang ada akaun dan main sikit2. heh. dari game budak2 sampai game browser macam DarkThrone, sume kami main. BAK DATANG AH GAME APE PUN.

HOH! penat aku buat post nih! korang tak baca atau komen mmg saje lah. haha.
ok lah nak rehat. harap kawan2 gamers boleh share exp masing2. kalau ada salah info minta maaf ye. ini dari pengalaman aku aje. hehe. 

adios.


Saturday, September 11, 2010

Rendang Mak : The Best In The World


mmmmm sekuali rendang yang juicy dan heavy dengan gravy... mmmmm
cukup hot and spicy kalah KFC...mmmmmm


ni kuali ke dua selepas kuali pertama kitorang balun sampai abes dalam satu hari hahaha
sedaaappp......mmmmmmmmmm




dan kemudian kitorang golek2 pas makan camni.. hahahaha
burp. excuse me. (^_^)




Balik Kampung~ oooooo bali....k..... NEPAL !???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan2 blogger dan para pegunjung,
Hari ni aku balik kampung aku kat JB, seronok sangat rasanya,
Time aku pandu kereta a.k.a on the way lah kan, dapat bayang la kecoh ngan sedara kat umah nenek,
Alhamdulillah perjalanan lancar, ada la stop sekali kat RnR pagoh, rehat2 kaki jap hehe,
Lepas je bayar tol [tol nak masuk GP skang kene pakai touch and go sahaja, dang! tapi bagus gak],
Masuk je simpang menuju GP, abang aku tegur, "Hmmph, takde nampak muke org sini, NEPAL aje!",
Aku pun toleh la kiri kanan, SAH! adoi......
Tiba-tiba abang aku buat sajak 3 baris, berbunyi begini
Nak kata kampung dah jadi bandar, nak kata bandar tak macam bandar, yang makin banyak, NEPAL!!!
Pastu dia buat suara ala blackmetal dan cakap "NEPAL! BULUAARKHH!" hahaha
Aku pun join skali dan kitorang gelak sampai ke rumah nenek. hahaha.
Skang sume tgh kepenatan hehe.

ah haus la plak. brb ye nak pi amik air sarsi ais... mmmm..


  
NEPAL! NEPAL! NEPAL!

Thursday, September 9, 2010

[ WARISAN ]


Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
terbakar seluruh harta benda
akibat sengketa sesama lah kita
cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
majulah dengan Maha Perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayu kan gagah di nusantara (x 3 )

Wednesday, September 8, 2010

Raya Raya Raya! Tapi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

yeyeyeyeyeyyeaH! lagi brapa puluh jam nak raya, YEAH!
korang sume mesti bz kemas umah and what not untuk sambut raya kan?

tapi kan...

make sure pose penuh!
yang tak boleh penuhkan jgn lupe ganti!
nak sambut raya punya pasal, ramadan yang tinggal jgn dilupa!
ape lagi ek? aku pun tgh kemas umah ni haha..

ok lah... pada yang tgh blogging/surfing secara mobile bawak kete leklok, yang naik pengangkutan awam jaga barang jgn hilang, double check everything kay?

ok la nak sambung cuci tingkap lalala...
(^_^)

SELAMAT HARI RAYA!

Tuesday, September 7, 2010

Follow Up Myvi Diliwat

kereta dah dapat balik! hehe seronoknye! lega sikit hati, leh balik kampung! tapi tak sempat nak cat kete, hoho.. maklumlah dah dekat sgt nak raya.. 

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di malaysia dan memohon ampun dan maaf di atas semua kesalahan yang saya lakukan. moga kita dapat memperbaiki diri kita masing-masing kepada yang lebih baik pada masa yang akan datang.

insyaAllah.


Monday, September 6, 2010

Punggungku Dikucup Dibulan Puasa!!!

assalamualaikum...

tadi pada jam 9:15 pagi di kawasan berdekatan highway menghala ke gombak, Myvi ku dicium dari belakang oleh sebuah kereta Proton.

kisahnye begini, sedang selesa melewati jalan raya untuk ke lokasi rumah baru, setibanya di sebuah simpang menghala ke kiri seperti biasa aku pun memperlahankan kenderaan ku mengikut prosedur dan apa yang telah dipelajari di sekolah memandu [echewah] dan memang pada masa itu kenderaan dari arah kanan mmg laju dan banyak. aku siap kasi signal lagi! haa..

tapi tah macamana kete blakang si Proton XXXA ni boleh menyondol aku dari arah belakang, GEDEGANG bunyiknye [extra sound efek untuk pasu dan barang2 yang aku bawak nak ke rumah baru]. Proton proton, why u must kiss my ass? padahal sudah gaharu cendana pula yang kereta banyak, kalau nak kuar simpang, slow lah... kan? ikut logik pon takpe... tapi dalam fikiran aku maybe dia ada kesulitan yang menyebabkan dia buat begitu.... agaknya...

tetapi aku tenang, mak aku yang gabra XD.

sejurus selepas dilanggar aku terus park tepi, nyala hazard light, tgk arah belakang by window, dan buka pintu kete dan berjalan menuju ke Proton tersebut. samar-samar kelihatan kelibat manusia ditempat driver tersebut tapi kenapa dia tak keluar? mengaku salah kah? haha.... aku pun berjalan dan berdiri ditepi pintu kereta beliau dan melambai tangan tanda greeting...

beliau pun menurunkan tingkapnya.... zzzzznnng..... separuh...

tersingkapla pemandu yang bertanggungjawab mencium punggung [myvi] ku itu, SEORANG PEREMPUAN.  siap pegang anak time pegang stereng tu....power tuuuu... bawak kete sambil ada anak kat stereng tu... dalam kepala aku dah ingat dia ni distracted ngan anak dia, KOMPOM! dan mungkin aku tak fokus sgt kat dia time tingkap diturunkan so aku just assume dia bawak anak sambil driving...

aku pun beri salam dan bertanya,

AKU: "akak/awk [aku tak ingat] tak nampak ke kereta banyak tadi? kenapa tak slow down?"

dia dengan nada separa ketar
PENCIUM: "saya tak nampak tadi... tadi kereta kat depan takde... so saya jalan je lah... "[abes myvi aku tu bukan kereta? dan kalau takde kereta pun kat simpang ko nak lenjan 160kmph ke?]

so aku pun reply
AKU: "cik, tadi kereta banyak cik... "

dia terus ignore aku. ikut riak muka dia riak risau, dan pada masa itu dia agak pucat. pucat takut ke pucat tak cukup tidor ke pucat puasa ke pucat penyakit ke aku tak tahu... tapi mmg pucat... dia terus angkat hp dia dan call somebody... panggil laki dia kot...

mak aku dan jiran lat 1 umah dari umah aku iaitu cik zarah pergi lah ke kereta wanita tersebut dan membuka pintu kereta sebelah penumpang depan, ntah ape cik zarah tanya dia..

pastu tak sampai 3 minit datang seorang askar berbaju hijau dengan menaiki motosikal menghampiri kitorang dan parkir. skali laki dia da.... sebelum brader askar tu sampai aku masa tu tgh koling-koling kakak aku memberi tahu mengenai perkara yang terjadi, abes calling aku pun tanya la kat brader tu, berikut adalah perbualan kami:

AKU: "bang, nak ke balai polis buat report dulu ke camne...."
BRADER: "eh tak payah la, kalau report banyak cerita nanti..."

aku pun malas nak ke balai, ye lah, hal tak besar mana, bumper je agak teruk, dia pun tak cedera mana pun. just asking...

BRADER: "so kita ke bengkel depan sana lah..."
AKU: "depan mana? depan ni ada bengkel ke? ok lah"
pause
AKU: "aaa... bang, boleh saya mintak nombor bang?"

setelah mendapatkan nombornya aku pun masuk dalam kereta bersama mak dan cik zarah.
tapi....setahu aku lah, jalan pahang kat depan tu ada stesen minyak je.
brader tu naik motor dia balik selepas jumpa isterinya dan menghampiri cermin driver kereta aku sambil berkata

BRADER: "ke selayang lah.."
AKU: "selayang?..."

cik zarah menyampuk
CZ: "ok lah takpe lah kita fol...."

aku potong
AKU: "jauh la... selayang jauh kot"

mak aku mengiakan aku dan memberi cadangan
MAK: "kalau kita ke semarak tak boleh?" sambil memandang brader tu.
BRADER: "hmm.... ok boleh, ke semarak"
AKU & MAK: "okay..."

aku start enjin, masuk gear, perlahan-lahan memandu kehadapan sambil tgk cermin belakang..
aikk? apsal tak jalan agi pencium  tu, bukan kata dia nak follow ke tadi? hmm... takep.. aku pun tunggu jap sambil tgk reaksi diorang...

mak aku dah kuar ayat panas
MAK: "karang mak turun naik kereta belakang tu kang..!"

beberapa ketika selepas itu brader tu pun datang balik dan mengkonfirmkan ke semarak dan dia berkata:
BRADER: "jumpa kat semarak.."
AKU: "kk..."

dan aku memandu kereta aku ke sana. buat pengetahuan kawan-kawan, jalan semarak dikenali dengan lambakkan kedai repair kereta dan motor. sepanjang perjalanan ke sana mak dan cik zarah borak-borak la pasal kejadian ni dan mak pun tanya aku nak buat report dahulu ke tidak... aku menjawab dia [si pesalah] dah kata nak jumpa di semarak so kita ke semarak dahulu, kalau tak ada si beliau, baru kita buat laporan polis, jangan la fikir tak baik dahulu. papehal kita ke semarak, kat sana pun Abang Li ada.

sebelum sampai ke destinasi aku singgah sekejap di bengkel Abang Li dan kebetulan dia sedang keluar dari bengkelnya. mak aku terus keluar dari kereta dan menunjukkan tempat impak. aku ambil kesempatan itu untuk menghubungi BRADER tersebut dan dia memberitahu lokasi bengkel yang dia maksudkan. aku pun berkata pada Abang Li yang aku nak ke bengkel hadapan untuk jumpe BRADER tadi. mak dan cik zarah masuk kete dan aku terus memandu. tak sempat nak kentut dah nampak dah muke BRADER tu kat sebelah kanan jalan memberi isyarat masuk ke bengkel yang dia tunjukkan aku membuat U-turn dan masuk ke bengkel itu.

di pendekkan ending BRADER tu sanggup membayar ganti rugi dan aku hanya perlu menghantar kereta ke situ sahaja. sempat juga dia bertanya jauh ke tidak rumah aku dari bengkel tu, dan aku memberitahu dekat sahaja.. mak aku can cik zarah sempat berpesan pada BRADER tu supaya menghantar anaknya ke klinik kerana semasa kejadian kelihatan lebam pada dahi anaknya. BRADER itu pun mengangguk sahaja.

kami berpisah selepas bersalaman dan masing-masing meminta maaf [ walaupun salah bini dia dan walaupun aku tak bersalah ].

sekarang Myvi ku ada kat bengkel, sedang di ketuk. mungkin petang nanti siap. moga semuanya berjalan lancar. amin.

Tuesday, August 31, 2010

Ixora Permai:Merdekaku Kegersangan

assalamualaikum dan salam sejahtera,
seperti yang kita semua tahu, tepat jam 12 tgh malam tadi negara kita menyambut dan meraikan Hari kemerdekaan yang ke 53.

eceh.

kitorang kat sini sambut merdeka tanpa kehadiran air dow.. siyes! sib baik ada tapewer besar kat toilet tuh haha.. dan nasib baik jugak kat umah ni boleh memuatkan 4 orang aje dan yang ada cume 3 tambahan lagi 1 balik so yang tinggal cume 2 orang jadi air cukup untuk menampung... haha

ahh panashnyes... papehalpun kami still berpuasa! haha..

selamat berpuasa semua.

Friday, July 16, 2010

Yey SEM baru!

assalamualaikum sume!

fuh penat, baru balik dari mushroom farm cuci rak. hehe.

anyway, sok nak daftar sem baru.. haha.. tgk result yang ada satu paper problem dan buat apa yang patut dan balik kl balik kot... huhu.. sebab kawan2 sume prektikel dan akan balik 9/8 nanti.. hehe

aku tak prektikel.. huhu.. abes blaja baru prektikel.. :)

anyway.. adios..

Wednesday, May 19, 2010

[Last Paper]:[20th of May]

Hello fellow friends/visitors/bloggers, I will be attending my final paper on the 20th so there wont be new posts till the end of the week.

wish me luck. assalamualaikum.

##############################

Hello kawan-kawan/pelawat/kaki-kaki blog sekalian, aku akan menghadirkan diri untuk Peperiksaan Akhir untuk kertas yang terakhir pada 20 haribulan jadi tidak akan ada post baru sehingga hujung minggu ini.

doakan saya. assalamualaikum.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU!

Assalamualaikum..

selamat hari guru diucapkan kepada semua cikgu-cikgu kat muka bumi ini. semoga segala curahan bakti kamu semua diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa.

tidak lupa juga kepada ibu-bapa yang tak pernah komplen mengajar anak2 menjadi orang yang berguna serta yang selalu kasi tips2 panas macamana nak handle masalah dalam hidup.

tetapi...

diharapkan semua cikgu2 ni walaupun berpangkat cikgu jangan kamu semua lupa diri, dan jangan sekali2 anggap apa yang kamu ajar itu tidak perlu susulan. dan jangan sekali2 assume apa yang kamu ajarkan itu difahami 100% oleh orang yang kamu ajarkan. tak sume naik bullet train. and i know nobody is perfect.including me.

walaupun begitu...

aku ingin berpesan, kalau nak belajar apa2, cari lah guru untuk mengajar kamu tentang sesuatu yang kamu ingin tahu, kerana belajar sorang2 a.k.a belajar ngan setan a.k.a ull assume ull get the idea but the truth is far from the truth.

actually...

i just wanna say, thanks to everybody that have taught me till this day direct or indirectly.
assalamualaikum

Saturday, May 15, 2010

ARGH, FINAL EXAMS!~

Assalamualaikum...

fuh... lab 1 dah.. lab 2 dah.. english dah... tinggal MPW. WEW! abesh la... anyways... life goes on...

nak citer sikit.. masa test paper English yang lalu (Friday 14th), soalan essay aku buat berdasarkan drama jepun huhuhu... ntah.. macam diberi petunjuk plak..

soalan dia tanya something about presenting assignments... dan kebetulan drama tu hero dia keje bahagian advertising.. huhu.. apa lagi... idea kuar mencurah2.. alhamdulillah...

tapi carry mark xle tgk agi uhuks.. anyways... PTPTN dah antar ! yahooosss!~~ alhamdulillah sekali lagi!

enjoy this theme song from the drama 'Love Generation'. drama jepun lama.. haha

Tuesday, May 4, 2010

hmm.... eh? macam kenal?..

assalamualaikum,
yaaa im back!
nak tulis dalam english la plak.

ehem.

while i was busy waiting for my energy bar to fill up in one of zynga flash games i decided to check out what my friends been posting up the never-ending wall of updates, and while i was scrolling, i noticed something, something familiar.

it was a picture of a woman, and i was like " Eh, macam kenal..." and after reading her name i was convinced its Miss Yati! haha what a surprise. shes been asking us to add her up in fb but it never quite stick to my mind.

and so i decided to add her up.. surprisingly after about 3 mins she accepted. "Hey that's quick" i thought. and so as usual to all the people i added, i explored her profile, links, pictures.. anything clickable. lol. sounds like a stalker? nah.. im just curious.. =D

1 thing caught my eye, " hey she got a blog~". clicked the link. red everything [lied]. and stumble upon her pictures at the beach [which obviously was there, haha]. some of the pictures were taken from a very nice angle, it was creative. and then it struck me. "buat kalender macam best je" and then i did and here it is.

P/S: havent ask for her permission though. hope she dont mind.