Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Saturday, March 5, 2011

Tips@TSR : Perlindungan Virus Autorun Pendrive

Assalamualaikum semua.

Pengenalan Serba Poyo
Semestinya, komputer adalah satu keperluan rakyat dunia masa kini tetapi aku hairan mengapa masih banyak yang tidak endah tentang kepentingan menjaga keselamatan sistem komputer masing-masing dari serangan virus. kebanyakannya masih menganggap bahawa cara paling mudah untuk membuang virus adalah format.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. ayat ni dah basi dah tetapi intipatinya tidak diserap dengan betul. poyonya aku menggunakan ayat penuh tetapi takde la penuh sgt ini untuk mengutarakan pandangan aku. hoh. ada banyak jenis 'protector' untuk virus yang kebanyakannya autorun dari pendrive saat ia dicucuk. yang terbaik ialah iKill.

Apa itu iKill? iBunuh ke? Let Papaya... (biar betik)
iKill tidak ada kena mengena dengan buah-buahan tempatan mahupun import. ia sebenarnya adalah satu program yang menapis segala skrip atau perisian yang boleh atau mahu atau berkemungkinan ada ura-ura untuk menjahanamkan sistem anda dari saat pendrive dicucuk.

iKill oleh ArpanTech terdapat 2 versi. versi pertama jenis perisian yang akan duduk di taskbar dan satu lagi berjalan sebagai servis sistem anda. Aku menggunakan versi kedua kerana ia lebih ringan, ringan disini bukan bermaksud kurang dari 1 kilogram tetapi bermaksud kurang membebankan proses sistem komputer anda.

Ciri ini amat bagus kerana kebanyakan Anti-Virus percuma mahupun berbayar amat memerlukan RAM yang tinggi untuk beroperasi seterusnya memperlahankan prestasi komputer anda. Contoh Anti-Virus popular yang memberatkan prestasi komputer anda ialah AxG bukan nama sebenar. KissPissKai bukan nama sebenar pun sama dengan.

Bagaimana iKill Bertindak? Kuat ke Perlindungan Dia? Ce Citer x3
Apabila pendrive sampai di ruang ketibaan, iKill yang bertindak sebagai Pak Guard akan memeriksa passport perjalanan fail-fail yang mahu turut serta dipaparkan di tingkap My Computer. Jika terdapat fail-fail yang cuba menyelinap masuk tanpa mengikut protokol kastam yang sewajarnya, ia akan ditembak on the spot. Mak Cik  cleaner, rakan sekerja Pak Guard akan membinasakan kesan-kesan darah yang terpercik di tempat kejadian.


Perlu diingatkan bahawa iKill hanyalah sebagai penampan sampingan dan bukanlah pembunuh virus utama. Ia hanya satu program kecil yang bertindak sebagai Pak Guard di pintu-pintu masuk USB. Jadi gunakanlah bersama program antivirus pilihan anda, gunalah yang free jika tak mampu beli lesen. Antara Anti-Virus percuma yang bersepah diinternet ialah AVG, AVIRA dan ramai lagi.


Apakah Combo Terbaik Menghalang Jangkitan Virus ke dalam Sistem?
Mencari jawapan yang pasti untuk combo terbaik didalam perbincangan ini adalah sesuatu yang subjektif. Salah satu combo yang masih digunapakai hingga ke hari ini adalah:

[ DOWN + DOWN-RIGHT + RIGHT ] + PUNCH = HADOKEN

 =.="  Apakah [ Cara ] Terbaik Menghalang Jangkitan Virus ke dalam Sistem Komputer?
OH, lain kali soalan tu kasi jelas sikit ya. Cara terbaik adalah dengan menggabungkan iKill dengan Microsoft Security Essentials, sebuah aturcara Anti-Virus dari Microsoft.

AMARAN:
PASTIKAN OS (OPERATING SYSTEM) ANDA ADALAH ORIGINAL. MS SECURITY ESSENTIAL TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN WINDOWS PIRATE. 

Saya Berminat Untuk Menggunakan iKill, Dimana Boleh Saya Mendapatkannya?
Anda boleh melingkar di laman sesawangnya di http://arpantech.aphelic.com/

Saya Pulak Berminat Untuk Menggunakan MSSE, Dimana Boleh Saya Mendapatkannya?
Anda boleh mengular di laman sesawangnya di http://www.microsoft.com/security_essentials/

Terima Kasih Abang Shuk, I Love You~
Sama-sama, I Love You Too~



Wednesday, October 13, 2010

Kantoi Di Makmal Sekolah

          Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, tadi dalam kul 2pm ada lab test untuk subjek WAN Technology, tajuk yang masuk is Packet Tracer, contoh dia macam post sebelum ini. itu pun member kasi tau update 1/2 jam sebelum test berlangsung, haha dan disebabkan aku kepenatan aku suruh kawan-kawan bilik tolong cakapkan kat lecturer aku lambat sikit ke lab. lepas diorang belah aku bersiap la sambil-sambil belek nota packet tracer yang aku salin masa kelas malam tempoh hari pada minggu lepas, tak kaget sangat sebab dah buat latihan kat CC masa balik KL sambil-sambil kemas rumah.


          Habisje mekap aku pun angkut beg sekolah dan beg laptop, pakai kasut, turun bawah, letak barang dalam kereta dan start drive ke kolej. Tak rushing pun, sebab mata kelat plus hemisfera kanan kepala aku sakit  sikit. Alhamdulillah sampai jugak ke kolej, lepas parking aku pun sandang beg sekolah dan head to the lab di tingkat 3 @ bangunan batu. Sampai je kat tingkat 3 aku disapa dengan ayat yang agak best dari kawan sekelas yang berbunyi begini "Eh, ada pun Shukri, ingatkan takde... dia ni lagi best time periksa je datang... kelas tak masuk..". aku maaf kan aje dia, sebab dia tak tahu full story kenapa aku tak datang, bukan aku berlagak pandai sampai tak nak masuk kelas, kalau korang baca post sebelum-sebelum ni korang pun tahu kenapa aku tak pegi kolej. aku ignore je dan terus tanya kawan rumah aku "Weh Zul, test kat sini ke?" dia pun menjawab "Ha'ah...". Siapa Zul? kalau korang baca post tentang KeLe mesti korang kenal Zul hehe..


          Aku tgk jam dah hampir pukul 2.30pm, lecturer menyuruh kitorang keluar dahulu dari Lab untuk susun soalan [sebab soalan lain-lain; tiap orang tak sama], selesai proses itu kami pun dibenarkan masuk dan duduk di meja masing-masing. "Okeh boleh mula sekarang" kata En.Firdaus, jadi aku pun terus lah ambil pen dan tulis nama di kertas periksa dan mula baca arahan soalan, nasib baik baca kalau tak baca dan terus menonong buang sebijik macam semasa buat latihan, masak wo! sebab IP dan End Device ada tukar sikit, eh suda tukar ka? Coding punya coding, aku menghadapi 1 masalah, kenapa tak boleh ping ke 3 pc yang lain ni? adus... semua setting aku dah buat kot.... hmmm. untuk kepastian yang aku tak salah membuat coding aku pun create new file dan start over from scratch............... SAMA JUGAK! ARGH! apa lah masalah Packet Tracer ni? Masa berjalan ni.. hmmm


          Disebabkan masalah yang aku hadapi ini seperti bukan error dari aku dan mungkin dari version Packet Tracer, aku pun tanyalah En.Firdaus selaku lecturer yang jaga Lab dan aku agak terkejut kerana dia kata masalah yang aku hadapi sama seperti masalah yang dihadapi seorang budak kelas yang sedang ambil test di Lab 1, kitorang kat Lab 2. so aku ingat tak boleh fix la, kemudian aku tanya Zhi Li, dia pun mencadangkan aku save dalam Thumbdrive Official untuk test tuh dan cuba open Save File aku kat pc lain, dan aku buat lah, then cucuk kat PC dia. Try open, SAMA JUGAK! GRR.... aku mula argue pasal version yang kitorang guna dengan version yang ada sedia terinstall dalam Lab tuh, tapi kenapa Zhi Li punya boleh ping semua pulak? ini mengesahkan bahawa masalah tidak boleh ping itu datang dari salah setting a.k.a salah aku, >.<


          En.Firdaus suruh aku try buat kat PC Zhi Li dan try tgk apakah yang menyebabkan error tak boleh ping tu, so aku buat la balik untuk kali ke 3 kalinya tapi kali ini aku buat cara 'Place and Test' dan bukan letak semua, coding pastu baru nak test. aku pun letak la Tool Router, Switch dan 3 end Devices [PC] dalam workspace Packet Tracer tuh. Tarik nafas, hembus, come on shukri you can do this! i said. so aku start coding balik Switch and after that try to ping all the 3 End Devices, Still NO RESPONSE! WTF! >.< ini tak boleh jadi! so aku tekan satu-satu End Devices yang aku letak a.k.a Pc-A,pc-B dan Pc-C, aku tgk kat tab config, IP dah setting dah, kenapa tak boleh ping ni! dan tiba tiba ..........

PLING! MUNCUL LAH!~

aku dapat ilham, gambar-gambar tutorial yang aku past sebelum ini muncul dalam kepala, AHA! i know how to fix this! aku tak config ip kat bahagian Fast Ethernet macamana nak gerak ping tuh hahahahahaha, seriously a silly mistake. selepas letak ip kat bahagian Fast Ethernet, hmmmph.... boleh ping sudah.... telnet pun jalan... hehe... sendiri buat Tutorial pun tak ingat lagi hehe. SIAP! aku hantar jawapan dan soft copy save file untuk packet tracer tadi dan pulang dengan hati yang lega ^_^.

Monday, October 11, 2010

Tutorial Latihan Packet Tracer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
arini nak buat tutorial guna packet tracer.latihan kali ini kita akan cuba buat network diagram macam gambar di bawah ni dan setting semua sambungan antara semua perkakas.

1. Buka Packet Tracer, jika belum install dapatkannya disini DOWNLOAD

2. Setelah buka, susun seperti dalam gambarajah dengan menggunakan tools yang boleh diambil dari bahagian bawah kiri [bottom left]

2.1 Setkan ip ke semua device kecuali switch, caranya double click atau click mana-mana node dan pergi ke tab config [ 1 ], cari button 'Fast Ethernet'  [ 2 ] dan setkan nombor ip di [ 3 ] seperti gambar dibawah. IP ikut suka anda tapi makesure ia boleh digunakan, contoh senarai ip ada di gambar lagi satu, scroll bawah sikit.

setting IP di end device[pc]



Saya sudah tandakan tools guna shape untuk direfer a.k.a legend, tgk kotak atas kiri [top left]. sekarang kita mula setting di console.

2. double click 'switch' dan pergi ke tab 'CLI.'
CLI untuk switch : mungkin berlainan dari paparan di CLI switch anda
  •  tekan enter dan tulis command en, pastinya anda akan mendapat paparan berbentuk #
  • kemudian tulis config, kemudian tekan enter untuk konfigurasi
  • tukar hostname menggunakan command ini : 'hostname NamaSwitch' contoh dibawah
test(config)#hostname SwitchA

dan anda akan mendapat

SwitchA(config)#

selepas menekan enter.

masih dalam kadaan #, taipkan 'write mem' untuk save konfigurasi

    write mem dalam keadaan #

setelah berjaya 'write mem' yakni save, kita continue ke cara setting ip di 'switch'
  • dalam keadaan # taipkan 'int vlan1' dan tekan enter, anda akan mendapat paparan seperti ini iaitu 'switchA (config-if)#'
  • seterusnya dalam keadaan (config-if)#, taipkan 'ip address 10.0.0.4[jarak]255.255.255.0, tekan enter -tiada paparan konfirmasi, jika berjaya paparan akan kembali ke (config-if)#.
  • seterusnya, taipkan 'exit' hingga #
untuk melihat kita mempunyai IP atau tidak, commandnya ialah
show ip int brie
contoh paparan:

Contoh paparan yang akan keluar
Contoh paparan akhir yang akan keluar**

untuk up kan vlan yang down, ikuti cara berikut
  • dalam keadaan (config)#, taipkan int vlan1, seterusnya taipkan no shut
untuk membuat banner atau message of the day atau welcome message semasa buka console ikuti cara berikut:
  • dalam keadaan (config)# taipkan banner motd # mesej anda #

contoh paparan
selamat datang ke kedai mamak



AKAN BERSAMBUNG