Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Sunday, September 26, 2010

iPlayGames : myChronicle

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia,
disebabkan aku suke main game so aku nak buat satu post about sume ONLINE game yang aku main.

segala-galanya bermula dengan 

Ragnarok Online
yaaa. aku ingat lagi masa-masa dia baru lauch kat Malaysia, boleh kata game online pertama yang succesfully penetrated the market masa tu, sume orang main, baik budak skolah sampai orang besar. aku dapat tahu game ni pun dari Cyber Cafe. ada banner besar. pastu time tuh dalam cc sume main so aku pun try la main. Dan disebabkan itu lah abang aku yang tue bangke tu pun terjebak, dia kata aku pembawak virus sebab kawan2 dia yang tue bangke pun main skali hahahahaha....

moving on.

selepas kejayaan RO, malaysia digegarkan dengan kemunculan 3D online game pertama di Malaysia.

Risk Your Life
Risk Your Life. title pun dah pikir 3 kali nak main [ time tu lah ] haha. game ni paling lama aku keep on playing until dia launch sequel dia RYL 2. aku stop kat RYL 2 halfway sebab gameplay dia dah mengarut, terutamanya enhancing features yang dah overrated. when i say overrated it mean boleh buat item GODLIKE yang UBER MENGARUT. and in between masa tinggalka RYL ngan RO server Original, aku main server-server private RYL dan RO. tapi tak lama lah. yang lama pun dekat RYL-Underground yang masih mengekalkan konsep asal RYL, sayangnya dah tutup server sebab serangan DDoS yang melampau. oh those memories.

Warcarft 3 : Reign of Chaos
Warcraft 3 adalah next in the list. game ni pada masa tuh terasa gempak gila sebab cinematic dia perghh [masa tu la]. pastu dia pakai enjin game baru untuk game isometric-like, lebih cantik dari Diablo [alah company yang develop pon sama, Blizzard haha]. aku tak main campaign dia sgt, tapi main LAN games, yang paling significant ialah DoTa atau Defense of The Ancient, satu map yang founded by a guy nicked Eul. 

Example DoTa interface Version 6.xx
masa tu map dia takde description kat item langsung! main tekan je la kalau nak beli barang pun haha. then came a guy who developed this map, his nick was Guinsoo. ya sounds korean, mmg korean pun yang buat map ni. sejak dari tu map2 Dota dating back version 2.00. kalau ada kawan2 dota yang baca ni kalau rasa salah tolong betulkan ye. disebabkan game W3 : RoC mendapat sambutan hangat, Blizzard kuarkan expansion dia which is

Warcraft 3 : Frozen Throne a.k.a Arthas Jahat
Ahahaha arthas jahat! disebabkan kene sumpahan Frostmourne. gameplay still sama just content update je.
next game is

MU Online @ Webzen
MU online. tak ingat la game ni main lepas RYL ke or in between RO and RYL. main game ni pun sebab kawan ajak suh try game nih. mula mula agak frustrated la dengan isometric camera angle yang static macam Diablo tapi lama2 layan gak haha. ada la naik lvl sampai lvl 20. pastu stop. NAIK LVL SANGAT LAMBAT! komuniti yang main MU kat CC tersebut pada masa itu sikit je. ada la dalam 5 orang [gamer tetap mu kat cc].

The next game ni aku rasa most gamer tegar tau
World Of Warcraft
Selepas seronok berperang sesama rakan2 dalam DoTa ada ura-ura kata Blizzard nak kuarkan game MMORPG base on warcraft dan World of Warcraft adalah end product dia. Berbeza dari gameplay isometric Warcraft, WoW offers 3D environment, tgk je la gamba kat bawah ni.

WoW Mounts
huii seronok main WoW! timetuh rahang jatuh lamtai la tgk environment dia, pergh! map besar! PvP Raid! Dungeon Epic! mmg jadi buah mulut la time tuh, skang WoW dah sampah dah sebab tuan punya story maker Warcraft kene buang dari Developer Group so jalan cerita WoW dah lari jauh dan mengaruts! sempat jugak la main sampai lvl 60, tapi rak sambung untuk expansion lvl 70 ke atas sebab takde duit. maklumlah bulan2 kene bayar kalau nak main! sanggup tu bayar! haha. Dan Macam biasa kalau dah takde duit tuh buat la cara takde duit kan, main pun kat CC, bayar duit pc lagi, lepak minum lagi, bulan2 bayar lagi! MAMPOS! abes duit allowance. hahaha. Oleh itu aku pun carik la Private server WoW, BANYAK! tapi BANYAK BUG, susah nak carik server yang elok, WoW is quest based LvLing [nak grinding pon boleh] so private2 server ni quest dia banyak tak scripted lagi.

Tapi selepas kemunculan game lepas ni, semua anggapan game online aku berubah sama sekali, game itu adalah

Guild Wars
GuildWars :Just as the name, perang guild. TOUGH! perkataan paling sesuai untuk describe game nih. tak macam game Asia lain yang fokus on Grinding [apa ko ingat pompuan penari perut je bole grinding?] yang bermaksud pukul monster seko2 untuk naik lvl macam orang gila. Max lvl GW only 20 sahaja tapi monster dia boleh naik sampai lvl 30! 

GuildWars:Factions

Teringat lagi masa lawan Kraken, Boss pertama kitorang hadap
Anak Kraken // Sori gamba kualiti Low
Dah la Kraken tu lvl 30, Besar dia nisbah 4:1 denga ketinggian karakter dalam game! amik masa 2 minggu nak bunuh sebab sebelum jumpa dia kene fight 3 wave PvP dengan NPC just to get the STICK to IMPALE him which is USELESS. URGH! kalau nak tau la, saat abes je bunuh Kraken, kitorang 5 orang terus tolak keyboard, bangun dari kerusi, pi amek angin sambil minum kat mamak. tak dapat dibayangkan tahap kepenatan yang MAKSIMAS. 10 minit~15 minit. terduduk diam. tak bercakap apa2. sume pandang muke sugul dan tension masing2. geleng kepala. isap rokok [ aku tak isap!].  dan.... sigh... tak reti nak express dah.
sekarang guildwars dah expansion ke 4. tgh tunggu Guild Wars 2 nak keluar hehe.

sebenarnya banyak game lain aku main sama kawan2. 90% game yang disenaraikan di OnRPG.com sume kitorang ada akaun dan main sikit2. heh. dari game budak2 sampai game browser macam DarkThrone, sume kami main. BAK DATANG AH GAME APE PUN.

HOH! penat aku buat post nih! korang tak baca atau komen mmg saje lah. haha.
ok lah nak rehat. harap kawan2 gamers boleh share exp masing2. kalau ada salah info minta maaf ye. ini dari pengalaman aku aje. hehe. 

adios.


Saturday, September 11, 2010

Rendang Mak : The Best In The World


mmmmm sekuali rendang yang juicy dan heavy dengan gravy... mmmmm
cukup hot and spicy kalah KFC...mmmmmm


ni kuali ke dua selepas kuali pertama kitorang balun sampai abes dalam satu hari hahaha
sedaaappp......mmmmmmmmmm




dan kemudian kitorang golek2 pas makan camni.. hahahaha
burp. excuse me. (^_^)




Balik Kampung~ oooooo bali....k..... NEPAL !???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan2 blogger dan para pegunjung,
Hari ni aku balik kampung aku kat JB, seronok sangat rasanya,
Time aku pandu kereta a.k.a on the way lah kan, dapat bayang la kecoh ngan sedara kat umah nenek,
Alhamdulillah perjalanan lancar, ada la stop sekali kat RnR pagoh, rehat2 kaki jap hehe,
Lepas je bayar tol [tol nak masuk GP skang kene pakai touch and go sahaja, dang! tapi bagus gak],
Masuk je simpang menuju GP, abang aku tegur, "Hmmph, takde nampak muke org sini, NEPAL aje!",
Aku pun toleh la kiri kanan, SAH! adoi......
Tiba-tiba abang aku buat sajak 3 baris, berbunyi begini
Nak kata kampung dah jadi bandar, nak kata bandar tak macam bandar, yang makin banyak, NEPAL!!!
Pastu dia buat suara ala blackmetal dan cakap "NEPAL! BULUAARKHH!" hahaha
Aku pun join skali dan kitorang gelak sampai ke rumah nenek. hahaha.
Skang sume tgh kepenatan hehe.

ah haus la plak. brb ye nak pi amik air sarsi ais... mmmm..


  
NEPAL! NEPAL! NEPAL!

Thursday, September 9, 2010

[ WARISAN ]


Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
terbakar seluruh harta benda
akibat sengketa sesama lah kita
cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
majulah dengan Maha Perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayu kan gagah di nusantara (x 3 )

Wednesday, September 8, 2010

Raya Raya Raya! Tapi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

yeyeyeyeyeyyeaH! lagi brapa puluh jam nak raya, YEAH!
korang sume mesti bz kemas umah and what not untuk sambut raya kan?

tapi kan...

make sure pose penuh!
yang tak boleh penuhkan jgn lupe ganti!
nak sambut raya punya pasal, ramadan yang tinggal jgn dilupa!
ape lagi ek? aku pun tgh kemas umah ni haha..

ok lah... pada yang tgh blogging/surfing secara mobile bawak kete leklok, yang naik pengangkutan awam jaga barang jgn hilang, double check everything kay?

ok la nak sambung cuci tingkap lalala...
(^_^)

SELAMAT HARI RAYA!

Tuesday, September 7, 2010

Follow Up Myvi Diliwat

kereta dah dapat balik! hehe seronoknye! lega sikit hati, leh balik kampung! tapi tak sempat nak cat kete, hoho.. maklumlah dah dekat sgt nak raya.. 

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di malaysia dan memohon ampun dan maaf di atas semua kesalahan yang saya lakukan. moga kita dapat memperbaiki diri kita masing-masing kepada yang lebih baik pada masa yang akan datang.

insyaAllah.


Monday, September 6, 2010

Punggungku Dikucup Dibulan Puasa!!!

assalamualaikum...

tadi pada jam 9:15 pagi di kawasan berdekatan highway menghala ke gombak, Myvi ku dicium dari belakang oleh sebuah kereta Proton.

kisahnye begini, sedang selesa melewati jalan raya untuk ke lokasi rumah baru, setibanya di sebuah simpang menghala ke kiri seperti biasa aku pun memperlahankan kenderaan ku mengikut prosedur dan apa yang telah dipelajari di sekolah memandu [echewah] dan memang pada masa itu kenderaan dari arah kanan mmg laju dan banyak. aku siap kasi signal lagi! haa..

tapi tah macamana kete blakang si Proton XXXA ni boleh menyondol aku dari arah belakang, GEDEGANG bunyiknye [extra sound efek untuk pasu dan barang2 yang aku bawak nak ke rumah baru]. Proton proton, why u must kiss my ass? padahal sudah gaharu cendana pula yang kereta banyak, kalau nak kuar simpang, slow lah... kan? ikut logik pon takpe... tapi dalam fikiran aku maybe dia ada kesulitan yang menyebabkan dia buat begitu.... agaknya...

tetapi aku tenang, mak aku yang gabra XD.

sejurus selepas dilanggar aku terus park tepi, nyala hazard light, tgk arah belakang by window, dan buka pintu kete dan berjalan menuju ke Proton tersebut. samar-samar kelihatan kelibat manusia ditempat driver tersebut tapi kenapa dia tak keluar? mengaku salah kah? haha.... aku pun berjalan dan berdiri ditepi pintu kereta beliau dan melambai tangan tanda greeting...

beliau pun menurunkan tingkapnya.... zzzzznnng..... separuh...

tersingkapla pemandu yang bertanggungjawab mencium punggung [myvi] ku itu, SEORANG PEREMPUAN.  siap pegang anak time pegang stereng tu....power tuuuu... bawak kete sambil ada anak kat stereng tu... dalam kepala aku dah ingat dia ni distracted ngan anak dia, KOMPOM! dan mungkin aku tak fokus sgt kat dia time tingkap diturunkan so aku just assume dia bawak anak sambil driving...

aku pun beri salam dan bertanya,

AKU: "akak/awk [aku tak ingat] tak nampak ke kereta banyak tadi? kenapa tak slow down?"

dia dengan nada separa ketar
PENCIUM: "saya tak nampak tadi... tadi kereta kat depan takde... so saya jalan je lah... "[abes myvi aku tu bukan kereta? dan kalau takde kereta pun kat simpang ko nak lenjan 160kmph ke?]

so aku pun reply
AKU: "cik, tadi kereta banyak cik... "

dia terus ignore aku. ikut riak muka dia riak risau, dan pada masa itu dia agak pucat. pucat takut ke pucat tak cukup tidor ke pucat puasa ke pucat penyakit ke aku tak tahu... tapi mmg pucat... dia terus angkat hp dia dan call somebody... panggil laki dia kot...

mak aku dan jiran lat 1 umah dari umah aku iaitu cik zarah pergi lah ke kereta wanita tersebut dan membuka pintu kereta sebelah penumpang depan, ntah ape cik zarah tanya dia..

pastu tak sampai 3 minit datang seorang askar berbaju hijau dengan menaiki motosikal menghampiri kitorang dan parkir. skali laki dia da.... sebelum brader askar tu sampai aku masa tu tgh koling-koling kakak aku memberi tahu mengenai perkara yang terjadi, abes calling aku pun tanya la kat brader tu, berikut adalah perbualan kami:

AKU: "bang, nak ke balai polis buat report dulu ke camne...."
BRADER: "eh tak payah la, kalau report banyak cerita nanti..."

aku pun malas nak ke balai, ye lah, hal tak besar mana, bumper je agak teruk, dia pun tak cedera mana pun. just asking...

BRADER: "so kita ke bengkel depan sana lah..."
AKU: "depan mana? depan ni ada bengkel ke? ok lah"
pause
AKU: "aaa... bang, boleh saya mintak nombor bang?"

setelah mendapatkan nombornya aku pun masuk dalam kereta bersama mak dan cik zarah.
tapi....setahu aku lah, jalan pahang kat depan tu ada stesen minyak je.
brader tu naik motor dia balik selepas jumpa isterinya dan menghampiri cermin driver kereta aku sambil berkata

BRADER: "ke selayang lah.."
AKU: "selayang?..."

cik zarah menyampuk
CZ: "ok lah takpe lah kita fol...."

aku potong
AKU: "jauh la... selayang jauh kot"

mak aku mengiakan aku dan memberi cadangan
MAK: "kalau kita ke semarak tak boleh?" sambil memandang brader tu.
BRADER: "hmm.... ok boleh, ke semarak"
AKU & MAK: "okay..."

aku start enjin, masuk gear, perlahan-lahan memandu kehadapan sambil tgk cermin belakang..
aikk? apsal tak jalan agi pencium  tu, bukan kata dia nak follow ke tadi? hmm... takep.. aku pun tunggu jap sambil tgk reaksi diorang...

mak aku dah kuar ayat panas
MAK: "karang mak turun naik kereta belakang tu kang..!"

beberapa ketika selepas itu brader tu pun datang balik dan mengkonfirmkan ke semarak dan dia berkata:
BRADER: "jumpa kat semarak.."
AKU: "kk..."

dan aku memandu kereta aku ke sana. buat pengetahuan kawan-kawan, jalan semarak dikenali dengan lambakkan kedai repair kereta dan motor. sepanjang perjalanan ke sana mak dan cik zarah borak-borak la pasal kejadian ni dan mak pun tanya aku nak buat report dahulu ke tidak... aku menjawab dia [si pesalah] dah kata nak jumpa di semarak so kita ke semarak dahulu, kalau tak ada si beliau, baru kita buat laporan polis, jangan la fikir tak baik dahulu. papehal kita ke semarak, kat sana pun Abang Li ada.

sebelum sampai ke destinasi aku singgah sekejap di bengkel Abang Li dan kebetulan dia sedang keluar dari bengkelnya. mak aku terus keluar dari kereta dan menunjukkan tempat impak. aku ambil kesempatan itu untuk menghubungi BRADER tersebut dan dia memberitahu lokasi bengkel yang dia maksudkan. aku pun berkata pada Abang Li yang aku nak ke bengkel hadapan untuk jumpe BRADER tadi. mak dan cik zarah masuk kete dan aku terus memandu. tak sempat nak kentut dah nampak dah muke BRADER tu kat sebelah kanan jalan memberi isyarat masuk ke bengkel yang dia tunjukkan aku membuat U-turn dan masuk ke bengkel itu.

di pendekkan ending BRADER tu sanggup membayar ganti rugi dan aku hanya perlu menghantar kereta ke situ sahaja. sempat juga dia bertanya jauh ke tidak rumah aku dari bengkel tu, dan aku memberitahu dekat sahaja.. mak aku can cik zarah sempat berpesan pada BRADER tu supaya menghantar anaknya ke klinik kerana semasa kejadian kelihatan lebam pada dahi anaknya. BRADER itu pun mengangguk sahaja.

kami berpisah selepas bersalaman dan masing-masing meminta maaf [ walaupun salah bini dia dan walaupun aku tak bersalah ].

sekarang Myvi ku ada kat bengkel, sedang di ketuk. mungkin petang nanti siap. moga semuanya berjalan lancar. amin.