Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Monday, June 13, 2011

Zynga Buat Hal Kat Facebook

Zynga, syarikat berlogokan anjing dilapisi warna merah menyala sekali buat hal kat facebook. Ada ke patut dia launch game baru lagi ish ish ish... dulu kuar [ CityVille ] dan dulu dulu kuar [ FarmVille ], tu tak kira [ Poker ], [  MafiaWars ] dan lain lain.. 

Dan sekarang disebabkan aku dah terjebak aku nak ajak semua orang menjebakkan diri dengan game terbaru zynga di facebook iaitu...

Empires & Allies™  feat. The Pirate Clown

Game ni tak macam game game sebelumnya! no no no~ (sambil buat pose cekak pinggang dan jari telunjuk goyang kiri-kanan)

Malah!

Game ini membabitkan semua game-game yang sebelumnya MUAHAHAH! *keret* Tak caye? meh tgk bukti-bukti dari tembakan skrin ni... ala screen shot lah! hoh.

BUKTI 1 :
Farm ala FarmVille, juga boleh didapati dalam CityVille

Ini bukti pertama nya yaaa~~ salah satu sumbe pendapatan korang dalam game [ Empires & Allies ] ialah bercucuk tanam. Haha dengan bijaknya pereka game Empires & Allies ] menyelitkan unsur-unsur [ FarmVille ] dalam game ini, sangat licik mereka itu. 

Dan!

Disebabkan itu aku sudah pun menjadi petani tegar sekali lagi selepas sekian lama aku meninggalkan FarmVille ] MUAHAHAH! *keret*.
Lihat betapa cantik aku menyusun farm aku muhahaha! Siap ada market lagi jgn jelessss..

BUKTI 2 :
Expansion memerlukan Liberty Bond a.k.a Permit dalam CityVille

Bukti ke-dua ya~~ bukti ke-du-a ! Kalau korang nak cepat membesarkan kawasan pengkalan tentera korang jangan harapla nak cepat dapat sebab korang akan memerlukan Liberty Bond ! kalau satu atau dua tak kesah sangat, tetapi ia memerlukan 4 tahun 10 keping LB! Dah la kena kumpul 10, kena bayar coin lagi! dan jumlah coin yang diminta akan bertambah pada setiap expansion susulan.... grrr

Nak harap dekat visit and help friend tak dapat nak dapat resource banyak der... tak dapat.... kita kena jadi jahat untuk jadi kaya! yaaa K.A.Y.A! bukan Kaya cecah roti itu aduss... kaya as in rich y'know what am sayin? fuhhhh *sambil tiup asap cigar* (ceh macam aku merokok)

Betuuuulll aku tak tiiipuuuuu, dalam game ni korang ada 2 option, nak visit and help atau invade a.k.a serang/tawan pengkalan kawan-kawan korang hahaha! Selalunye aku buat visit and help then aku invade MUAHAHAHAHA! *keret*

Contoh base kawan mangsa serangan aku MUAHAHAHA!

Selain dapat duit yang aku boleh kutip setiap 2 jam, aku dapat resource lain seperti Platinum, Wood, Oil mengikut kawasan yang aku invade bagi tiap-tiap kawan mangsa aku hahahaha! Tapi sebelum menyerang korang kena naik level 6 keatas dan buat askar dari berek, hangar atau dock.

Ini kasi tunjuk sikit je ni, tunjuk semua takut kang.... MUAHAHAH!

Kalau rasa korang nak main game ni jangan segan-segan add aku kat facebook, hahah,  aku memang memerlukan ramai lagi mangsa kawan untuk di invade visit ^_^

Adios!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...