Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Wednesday, June 22, 2011

Don't Blow, Suck It In

Assalamualaikum dan salam sejahtera  diucapkan kepada semua pengunjung blog saya. Cukup sudah aku buat intro panjang lebar, entri kali ini adalah mengenai kesihatan. 

Pada Isnin lepas aku pergi bawak anak buah aku ke klinik untuk dapatkan rawatan sebab anak-anak buah aku batuk tak berhenti dan yang sorang lagi siap berdengkur dengan bunyi pelik semacam ada kahak yang mengganggu saluran udara dia. Jadi selepas giliran kitorang sampai, doktor pun check la anak-anak buah aku tu.


Doktor kata jangan hembus kuat-kuat~ korek idung takpe~~


Selepas diagnosis...
( pergh diagnosis lol ) doktor kata anak-anak buah aku banyak kapak kahak. Sempat juga doktor memberi tips kepada anak-anak buah aku, katanya "Adik kalau hidung sumbat, jangan hembus kuat-kuat ya? nanti jadi pekak sebab hingus masuk dalam telinga..."

I was monologue like "Oh~, patutla bapak aku pekak, suka sangat tekap satu lobang hidung pastu hembus macam nak gila sekuat-kuat hati!". Kemudian doktor berkata lagi, "...cara yang betul nak buang kahak, adik sedut hingus, buang ikut mulut...". Oh... macam tu rupanya... 私は知っているKemudian kami balik selepas ambil ubat dari farmasi.

Kesimpulannya:
  1. Jika hidung kita sumbat atau berhingus, jangan hembus kuat-kuat sebabnya ia akan memudaratkan sistem telinga.
  2. Langkah yang perlu diambil ialah sedut dan buang kahak melalui mulut , jangan telan pulak eww
  3. Jangan pulak buang kahak merata-rata, ludah sana ludah sini macam best pulak warna kahak kau melekat eww....
Tips Tambahan Untuk Melegakan Sistem Pernafasan:

Barang-barang dan bahan yang diperlukan:
  • baldi
  • tuala
  • air panas
Cara-caranya:
  1. Tuangkan air panas kedalam baldi yang bersih, jangan gunakan baldi bekas rendaman baju korang yang seminggu tak basuh.
  2. Suakan muka anda kebaldi dan gunakan tuala sebagai penghadang dari wap air panas keluar.
  3. Sedut wap panas beberapa kali dan ulang langkah sehingga anda rasa lega.
  4. Bagus diamalkan semiggu sekali untuk membersihkan saluran udara dalam badan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...