Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Friday, May 27, 2011

Sangap Penangan Fatimah

Assalamualaikum. pagi-pagi yan sejuk ni tadi time minum pagi ngan kawan-kawan cc yang mencadangkan aku untuk minum tongkat ali atau kopi jantan untuk menyegarkan aku kepada aku yang masih acuh tak acuh dalam menyatakan kehendak aku untuk memilih jenis minuman telah mengingatkan aku kembali kepada satu situasi dizaman matrikulasi aku satu masa dahulu

kejadian itu berlangsung diantara 2 tempat iaitu bilik dorm-kedai konvi-bilik dorm. ceritanya begini, pada satu malam jam antara selepas solat maghrib dan berdekatan isyak seorang kawan bilik mahu pergi ke konvi store untuk membeli jajan untuk dikunyah-kunyah waktu tgh malam, atau at least itu yang dinyatakannya dan dia juga bermurah hati untuk bertanya kepada ahli bilik barangsiapa yang mahu mengirimkan sesuatu dari kedai konvi.selesai urusan ambil pesanan, dia pun pergi..

Selang beberapa minit kemudian ( ala kedai kat ground floor je ) dia dengan separa terpinga dan senyum kambing berkata kepada kami ahlil bilik sambil memegang satu tin berwarna pink seraya berkata " sape sape nak air free meh sini ambik, akak kedai konvi tuh kasi aku free ". Mendengar offer yang sgt berpatutan itu, kami dengan rakus menyerbu beliau dan alangkah terkejutnya kami kerana tin yang dipegangnya ialah..

Alicafe™ Pearl Cafe™......... semua agak speachless pada masa itu.
Mula-mulanya semua malu-malu.. tin pink tu asyik dipass keliling haha... asyik pindah tangan je last-last aku yang rasmikan minum. " Amacam, apa rasa? sedap ke? " kawan tanya, aku jawab la " Sedap gak " lepas la jugak 2-3 teguk haha then diorang pun test jugak la rasa.

Selepas agak-agak 5 minit aku mula rasa tak selesa, kepala aku sedikit pening, kaki aku mula mengepit, dan mulalah adegan kanak-kanak baru naik baligh yang tidak tahu perasaan yang pelik yang  melanda jiwa... perghh aku cakap, kalah Tongkat Ali yang takde efek langsung tu... sangap sampai pagi wa cakap tulis lu. nak study pun tak boleh... sikit-sikit ketuk lutut, sikit-sikit ketuk lutut... bukan aku sorang saje, malahan mereka yang menghirup walau cuma sekali pun tak tentu arah malam tu! Nasib takde yang gay........

Macam-macam la kitorang try nak kurangkan efek sangap tuh, makan megi la, bantai air mineral sampai kembung la, buat-buat jalan-jalan keliling hostel la, cuba tidur la, main game la... suma tak jalan! penangan Kacip Fatimah (yang sepatutnya bbbaaaekk untuk wanita telah diteguk oleh lelaki-lelaki curious dan hasilnya tidak mengecewakan (wtf) ) akhirnya kami kurang tidur... 

sok pagi sume mata rabak sebab melawan rasa yang tidak dikenalpasti itu, sungguh rasa resah dan gelisah dibuatnya, hahahaha tobat tak terai lagi dah! Kini semua dah dengan kerjaya masing-masing atau sambung belajar, tetapi memori merah jambu pada malam itu terus menjadi rahsia penghuni bilik kami.

Sekian.


2

5 comments:

meaw said...

ceit ! ingat penangan fatimah mana...kacip timoh lupanya,HAHHAA

Mohd Shukri Fadzillah said...

hahaha... lama awok tak singgah huhuhuh... macih!

aya said...

hahaha... sengal la korang!

Siti Arfah bt Zaini Azlan said...

hahaha. adoyai korg

Mohd Shukri Fadzillah said...

heheheh! nostalgia muda2 hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...