Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Saturday, March 5, 2011

Tips@TSR : Perlindungan Virus Autorun Pendrive

Assalamualaikum semua.

Pengenalan Serba Poyo
Semestinya, komputer adalah satu keperluan rakyat dunia masa kini tetapi aku hairan mengapa masih banyak yang tidak endah tentang kepentingan menjaga keselamatan sistem komputer masing-masing dari serangan virus. kebanyakannya masih menganggap bahawa cara paling mudah untuk membuang virus adalah format.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. ayat ni dah basi dah tetapi intipatinya tidak diserap dengan betul. poyonya aku menggunakan ayat penuh tetapi takde la penuh sgt ini untuk mengutarakan pandangan aku. hoh. ada banyak jenis 'protector' untuk virus yang kebanyakannya autorun dari pendrive saat ia dicucuk. yang terbaik ialah iKill.

Apa itu iKill? iBunuh ke? Let Papaya... (biar betik)
iKill tidak ada kena mengena dengan buah-buahan tempatan mahupun import. ia sebenarnya adalah satu program yang menapis segala skrip atau perisian yang boleh atau mahu atau berkemungkinan ada ura-ura untuk menjahanamkan sistem anda dari saat pendrive dicucuk.

iKill oleh ArpanTech terdapat 2 versi. versi pertama jenis perisian yang akan duduk di taskbar dan satu lagi berjalan sebagai servis sistem anda. Aku menggunakan versi kedua kerana ia lebih ringan, ringan disini bukan bermaksud kurang dari 1 kilogram tetapi bermaksud kurang membebankan proses sistem komputer anda.

Ciri ini amat bagus kerana kebanyakan Anti-Virus percuma mahupun berbayar amat memerlukan RAM yang tinggi untuk beroperasi seterusnya memperlahankan prestasi komputer anda. Contoh Anti-Virus popular yang memberatkan prestasi komputer anda ialah AxG bukan nama sebenar. KissPissKai bukan nama sebenar pun sama dengan.

Bagaimana iKill Bertindak? Kuat ke Perlindungan Dia? Ce Citer x3
Apabila pendrive sampai di ruang ketibaan, iKill yang bertindak sebagai Pak Guard akan memeriksa passport perjalanan fail-fail yang mahu turut serta dipaparkan di tingkap My Computer. Jika terdapat fail-fail yang cuba menyelinap masuk tanpa mengikut protokol kastam yang sewajarnya, ia akan ditembak on the spot. Mak Cik  cleaner, rakan sekerja Pak Guard akan membinasakan kesan-kesan darah yang terpercik di tempat kejadian.


Perlu diingatkan bahawa iKill hanyalah sebagai penampan sampingan dan bukanlah pembunuh virus utama. Ia hanya satu program kecil yang bertindak sebagai Pak Guard di pintu-pintu masuk USB. Jadi gunakanlah bersama program antivirus pilihan anda, gunalah yang free jika tak mampu beli lesen. Antara Anti-Virus percuma yang bersepah diinternet ialah AVG, AVIRA dan ramai lagi.


Apakah Combo Terbaik Menghalang Jangkitan Virus ke dalam Sistem?
Mencari jawapan yang pasti untuk combo terbaik didalam perbincangan ini adalah sesuatu yang subjektif. Salah satu combo yang masih digunapakai hingga ke hari ini adalah:

[ DOWN + DOWN-RIGHT + RIGHT ] + PUNCH = HADOKEN

 =.="  Apakah [ Cara ] Terbaik Menghalang Jangkitan Virus ke dalam Sistem Komputer?
OH, lain kali soalan tu kasi jelas sikit ya. Cara terbaik adalah dengan menggabungkan iKill dengan Microsoft Security Essentials, sebuah aturcara Anti-Virus dari Microsoft.

AMARAN:
PASTIKAN OS (OPERATING SYSTEM) ANDA ADALAH ORIGINAL. MS SECURITY ESSENTIAL TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN WINDOWS PIRATE. 

Saya Berminat Untuk Menggunakan iKill, Dimana Boleh Saya Mendapatkannya?
Anda boleh melingkar di laman sesawangnya di http://arpantech.aphelic.com/

Saya Pulak Berminat Untuk Menggunakan MSSE, Dimana Boleh Saya Mendapatkannya?
Anda boleh mengular di laman sesawangnya di http://www.microsoft.com/security_essentials/

Terima Kasih Abang Shuk, I Love You~
Sama-sama, I Love You Too~



2 comments:

Saufi Fadzillah said...

Sangat bagus. Sesuai dilekatkan di papan kenyataan jabatan - jabatan kerajaan. Teruskan menulis!

Mohd Shukri Fadzillah said...

terima kasih~ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...