Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Thursday, March 3, 2011

Hikmah Tak Boleh Tidur

Assalamualaikum, sejak beransur pulih dari demam yang pelik aku dapat penyakit tak boleh tidur. bukan berjaga sepanjang malam tapi terjaga jam 3 pagi tiap malam. dan pastu takleh tidur. bagai ada yang menghalang aku dari terus tidur. aku cuba bertanya (doa) kepada Allah mengapa aku asyik terjaga. dan setelah berfikir secara rasional mungkin 'penyakit' ini bertujuan untuk membantu aku. dan ya, aku dapat merasakan ianya bukan satu beban. Alhamdulillah.

tiap kali aku terbangun aku akan isikan dengan menyiapkan kerja/assignment atau aku ulangkaji pelajaran. dan Alhamdulillah nampaknya jalan untuk ku dibuka. Kadangkala ada juga aku berfikiran negatif seperti ada gangguan halus atau sebagainya tetapi adalah lebih baik aku berfikiran positif. terlalu mengingat benda-benda seperti itu samalah juga dengan 'memanggil', lebih baik aku diam ^_^.

teringat pula ayat yang disebut Pak Uda dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. "kalau kamu manusia lebih baik kamu pergi dari sini, aku tak mahu berkawan dengan kamu, kalau kamu jin iblis, jangan main-main, aku ada silat gayung.. =.="  
haha. sebenarnya ayat itu terbalik kalau korang perasan la. ehem back to topic.

dan lepas aku tgk masa yang tinggal untuk aku habiskan di kolej aku takde la lama sangat untuk sem ini. so tiap2 petang yang aku habiskan melepak dalam bilik aku isikan dengan lepak di library pulak. sekurang-kurangnya ada mood belajar. persekitaran memang ada beri kesan dalam pelajaran tau! jangan main-main.

ok lah nak sambung buat proposal and study untuk test next week. woot! ganbate! ganbate!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...