Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Saturday, March 26, 2011

Lirik@TSR : Sleeq - Almost, But



1st verse
I was shy to make my move
That's why I cried when you left my world
My life was full of loneliness
Unless I see u walking home
That's when I started writing letters after letters after letters
It seems my papers running out faster

Pre chorus
Gotta be gotta be my everything
You've got what I want
Gotta be gotta be my everything
You've got what I need
Gotta be gotta be my everything
Tell me what can I do
When I'm really really crazy over you

Chorus
I've never cried like this
The words I wrote for you
I noticed you from far
But all you see is like I don't give a damn
Boxes piling up
Are you going of
Im telling you its too tough
When I feel I almost had you but

2nd verse
Once upon a time, there was a boy and a girl
This is so typical, they were so typical
For example boy loves girl, but girl doesn't know that boy loves her coz,
The boy is shy, the boy is why
The girl still stands strong livin' her life
They were very good friends having very good chances
The man in boy, pretends that he had no love for the girl anyway
He keeps to himself in the place that he stays umm,
He writes letters, one after another, and other, ways he possibly could saying that
Gotta be, gotta be my everythin

That pressure was so big that he grew many pimples right?
And sings to a song that he likes and it goes like this

[chorus] bridge
I know shes moving on
From me shes gotta hear this song
I know that she'll be ok
And I know that ill be loving her so
Shes my soul
My everything in life I could have
I just cant let her go

3rd verse
It was another Monday, and the boy was working at MacDonald's
Saving up money to buy a present,
A present that was meant for the girl, it was her birthday the next day, Wurr?
He memorized his final script and wrote the last letter,
Hoping that it was abit better, than the one before,
That's what it's for, he's ready to make the first move, ready to score but,
Suddenly, in front of him, ordering fries and a cheeseburger was none other than the one he wanted,
The girl with another guy, she smiled, he winked, they both said, 'hi!'He was dumfounded, jaws dropped to the floor, closed it
And ran straight out the door,
And back to his crib where he cried and cried,
Cried and cried, and cried and cried

Thursday, March 24, 2011

Lirik@TSR : Faizal Tahir - Hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua


Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa


Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu


Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka


Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu

Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Monday, March 7, 2011

Pendapat Aku Mengenai Ben Ashaari

Assalamualaikum, haha. aku bukak facebook tadi skali abg ben ada post baru pulak. dia mintak pendapat. aku apa lagi, KASI CARGAS!!

image
banner abg ben suh letak. haha. buat cukup syarat je.
Soalan 1 : Sila letak banner di atas ini... ( gambar atas ni )
Letak sude.. ^_^

Soalan 2 : Sila tulis Tajuk : PENDAPAT AKU MENGENAI BEN ASHAARI
Suda juga abangggg..... tapi tada full caps lock juga.. ada bole ka? haha

Soalan 3 : Sila berikan sebab kenapa korang sukakan GENGBLOGGER.COM ( jika belum pernah masuk , sila masuk ) dan juga 1TUBE.MY ..
Aku suka GENGBLOGGER.COM sebab aku bole jumpe ramai blogger tempatan (port blogwalk pun jadi haha), selain menjadi salah satu medium untuk ping post-post yang aku buat. Lagi satu aku suke pasal GB ialah simple interface. senang nak faham. hmm... =)

1TUBE.MY tempat berkumpulnya video-video aneh dari Malaysia ya.. pelik-pelik jika dilihat kelaku masing-masing dalam video. macam setan. haha.. gurau gurau. sebenarnya aku takleh nak bukak 1TUBE.MY sebab WiFi library kolej aku slow. boradband aku pulak (ya.. memang  aku mensalah-taipkannya hahahah! tak payah nak gelak lebih2. CET) ada masalah yang perlu aku selesaikan di celcom centre muhahah! (ikut hati "Kita Bako Aje~~") ... Nanti la aku komen.

Soalan 4 : Sila berikan pendapat korang mengenai kedua dua vlog aku itu 
Abang ben maap le. saye tak le bukak lagi vlog abe ben wei~~ internet sini selo nak mampuh.! sabo jolah yo abe ben wei... nanti saye apdet yerw ha'ah!

Soalan 5 : Sila beri pendapat mengenai blog BEN ASHAARI
Pada pendapat saya, blog Ben Ashaari telah menjadi port blogger-blogger untuk lepak. Dengan segmen-segmen bernas yang kerap dibuat oleh Abang ben maka tidak hairanlah jumlah pengunjungnya berjuta2. Malah tiap kali aku singgah ke bloh Ben Ashaari, pasti ada beberapa puluh orang sedang bersantai disitu. ntah apa best pun aku tak tau. aku rasa lepak atas katil ngan kain pelikat bersama deruan kipas angin menghembus laju kedalam kain lagi best, lagi2 tatkala hari panas terik hahahaha... gurau ye abang ben.

Soalan 6 : Sila tinggalkan url entri korang di ruangan komen aku [ben] ..
Oh, sudah pasti! tgh paste la ni haha.. 

^_^
sehingga diedit lagi.
Assalamualaikum.

Saturday, March 5, 2011

Tips@TSR : Perlindungan Virus Autorun Pendrive

Assalamualaikum semua.

Pengenalan Serba Poyo
Semestinya, komputer adalah satu keperluan rakyat dunia masa kini tetapi aku hairan mengapa masih banyak yang tidak endah tentang kepentingan menjaga keselamatan sistem komputer masing-masing dari serangan virus. kebanyakannya masih menganggap bahawa cara paling mudah untuk membuang virus adalah format.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. ayat ni dah basi dah tetapi intipatinya tidak diserap dengan betul. poyonya aku menggunakan ayat penuh tetapi takde la penuh sgt ini untuk mengutarakan pandangan aku. hoh. ada banyak jenis 'protector' untuk virus yang kebanyakannya autorun dari pendrive saat ia dicucuk. yang terbaik ialah iKill.

Apa itu iKill? iBunuh ke? Let Papaya... (biar betik)
iKill tidak ada kena mengena dengan buah-buahan tempatan mahupun import. ia sebenarnya adalah satu program yang menapis segala skrip atau perisian yang boleh atau mahu atau berkemungkinan ada ura-ura untuk menjahanamkan sistem anda dari saat pendrive dicucuk.

iKill oleh ArpanTech terdapat 2 versi. versi pertama jenis perisian yang akan duduk di taskbar dan satu lagi berjalan sebagai servis sistem anda. Aku menggunakan versi kedua kerana ia lebih ringan, ringan disini bukan bermaksud kurang dari 1 kilogram tetapi bermaksud kurang membebankan proses sistem komputer anda.

Ciri ini amat bagus kerana kebanyakan Anti-Virus percuma mahupun berbayar amat memerlukan RAM yang tinggi untuk beroperasi seterusnya memperlahankan prestasi komputer anda. Contoh Anti-Virus popular yang memberatkan prestasi komputer anda ialah AxG bukan nama sebenar. KissPissKai bukan nama sebenar pun sama dengan.

Bagaimana iKill Bertindak? Kuat ke Perlindungan Dia? Ce Citer x3
Apabila pendrive sampai di ruang ketibaan, iKill yang bertindak sebagai Pak Guard akan memeriksa passport perjalanan fail-fail yang mahu turut serta dipaparkan di tingkap My Computer. Jika terdapat fail-fail yang cuba menyelinap masuk tanpa mengikut protokol kastam yang sewajarnya, ia akan ditembak on the spot. Mak Cik  cleaner, rakan sekerja Pak Guard akan membinasakan kesan-kesan darah yang terpercik di tempat kejadian.


Perlu diingatkan bahawa iKill hanyalah sebagai penampan sampingan dan bukanlah pembunuh virus utama. Ia hanya satu program kecil yang bertindak sebagai Pak Guard di pintu-pintu masuk USB. Jadi gunakanlah bersama program antivirus pilihan anda, gunalah yang free jika tak mampu beli lesen. Antara Anti-Virus percuma yang bersepah diinternet ialah AVG, AVIRA dan ramai lagi.


Apakah Combo Terbaik Menghalang Jangkitan Virus ke dalam Sistem?
Mencari jawapan yang pasti untuk combo terbaik didalam perbincangan ini adalah sesuatu yang subjektif. Salah satu combo yang masih digunapakai hingga ke hari ini adalah:

[ DOWN + DOWN-RIGHT + RIGHT ] + PUNCH = HADOKEN

 =.="  Apakah [ Cara ] Terbaik Menghalang Jangkitan Virus ke dalam Sistem Komputer?
OH, lain kali soalan tu kasi jelas sikit ya. Cara terbaik adalah dengan menggabungkan iKill dengan Microsoft Security Essentials, sebuah aturcara Anti-Virus dari Microsoft.

AMARAN:
PASTIKAN OS (OPERATING SYSTEM) ANDA ADALAH ORIGINAL. MS SECURITY ESSENTIAL TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN WINDOWS PIRATE. 

Saya Berminat Untuk Menggunakan iKill, Dimana Boleh Saya Mendapatkannya?
Anda boleh melingkar di laman sesawangnya di http://arpantech.aphelic.com/

Saya Pulak Berminat Untuk Menggunakan MSSE, Dimana Boleh Saya Mendapatkannya?
Anda boleh mengular di laman sesawangnya di http://www.microsoft.com/security_essentials/

Terima Kasih Abang Shuk, I Love You~
Sama-sama, I Love You Too~



Friday, March 4, 2011

Kisah Pendek : Handphone


Tragedi ini berlaku pada hari ahad selepas aku selamat sampai ke Ixora

Hari ini hari ahad
Hari aku balik kolej
Aku driving balik kolej
Aku driving dengan marah
Marah aku bukan buta tuli
Marah aku terkawal lagi
Sampai kolej waktu senja
Sampai-sampai bertuah jumpa orang gila
Aku geleng kepala...

Lepas parkir aku punggah barang naik bilik
Bukak pintu tengok bilik bersepah, biasa, tak pelik
Mood aku pun tak baik...

Aku tolong kemas sana sini sikit
Penat, bukak megi, letak dalam kole, masak, hirup sikit-sikit
Bosan, aku pergi rumah sebelah tgk siapa ada
Ada Hariz, tgh main game, yang lain tiada
Aku seluk poket, tengok tiket, topap nombor apa
Tekan-tekan, masuk, ingat nak mesej si dia
Tak ku sangka...

Handphoneku ambil keputusan mati tiba-tiba
Punya bengang, tuah dinding, handphone aku dia rasa
Kutip, nyala lampu pun tak ada
Aku agak kecewa...

Kebetulan memang handphone lama
Mungkin sudah letih ditekan aku yang gila
Selalu dicampak barat utara bagai tiada makna
Haha, sengaja katanya
Tiada lagi bunyi alarm bingit
Terkebil-kebil, Handphone baru, agak-agak berapa ringgit?

^-^
-Shukri
-2:30PM
-28/2/2011
-IXORA PERMAI

Thursday, March 3, 2011

Di Sebalik Tabir Blog

aku dapat tahu pun dari blog d_hatie milik tieah huhu. saje saje join. here goes..

brader ben : segmen disebalik tabir blog ni segmen idea dia la ni.


untuk rules nak join segmen ni sila refer kat post brader ben >> [ klik je sini, aku dah shortcutkan dah ]

  • Sila letakkan gambar betul anda yang paling menawan ..Ehem..
haha. nak gambo la plak. hmm.. setelah menggodeh folder2 tersembunyik dalam laptop aku maka aku telah menemukan gambar ini. haha.

plawok plawok plawok....


  • Ceritakan latar belakang anda secara ringkas...
hmm... nama kat ic Mohd Shukri, status bujang, skolah tahap kolej dan masih menuntut, suka berfikir panjang (mencari rasional sesuatu perkara), jarang melawak tapi kawan-kawan aku gelak sampai nangis kalau 'kadang-kadang' aku tu keluar haha. tak caye? tanya sahabat 4 kerat aku. hehe. seorang yang "otak lebih laju dari anggota badan".

  • Jumlah Follower sekarang ini ...
ada 77. tolak aku sendiri yang follow 76 la kot. haha.

  • Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
kalau tak blogging aku mostly gaming la. tapi itu dulu. skang aku kejar study dulu. tak lari game tuh. kecuali tutup server haha.

  • Ceritakan kepentingan blog kepada anda
blog penting kepada saya kerana ia adalah salah satu medium saya untuk meluahkan perasaan dan berkongsi apa2 yang saye rase perlu dikongsi. dengan harapan mesej yang ingin disampaikan itu akan tiba pada destinasi. 

  • Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
hmm.. buat masa ni d_hatie je la kot.. atau aku usha update dari dashboard blogger. ramai sgt haha.. pening kepala. dan bukan aku selalu online pun. hehe.

aku suka lepak kat d_hatie sebab warna. jujukan warna yang digunakan amat menyenangkan mata aku. teks mudah dibaca dan kebanyakan post beliau ada unsur2 lawak. jadi ada sumbangan pengurangan stress disitu. i loike.

tuliis suda. mari balik ke post brader ben, kasi link. haha. 

^-^

Hikmah Tak Boleh Tidur

Assalamualaikum, sejak beransur pulih dari demam yang pelik aku dapat penyakit tak boleh tidur. bukan berjaga sepanjang malam tapi terjaga jam 3 pagi tiap malam. dan pastu takleh tidur. bagai ada yang menghalang aku dari terus tidur. aku cuba bertanya (doa) kepada Allah mengapa aku asyik terjaga. dan setelah berfikir secara rasional mungkin 'penyakit' ini bertujuan untuk membantu aku. dan ya, aku dapat merasakan ianya bukan satu beban. Alhamdulillah.

tiap kali aku terbangun aku akan isikan dengan menyiapkan kerja/assignment atau aku ulangkaji pelajaran. dan Alhamdulillah nampaknya jalan untuk ku dibuka. Kadangkala ada juga aku berfikiran negatif seperti ada gangguan halus atau sebagainya tetapi adalah lebih baik aku berfikiran positif. terlalu mengingat benda-benda seperti itu samalah juga dengan 'memanggil', lebih baik aku diam ^_^.

teringat pula ayat yang disebut Pak Uda dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. "kalau kamu manusia lebih baik kamu pergi dari sini, aku tak mahu berkawan dengan kamu, kalau kamu jin iblis, jangan main-main, aku ada silat gayung.. =.="  
haha. sebenarnya ayat itu terbalik kalau korang perasan la. ehem back to topic.

dan lepas aku tgk masa yang tinggal untuk aku habiskan di kolej aku takde la lama sangat untuk sem ini. so tiap2 petang yang aku habiskan melepak dalam bilik aku isikan dengan lepak di library pulak. sekurang-kurangnya ada mood belajar. persekitaran memang ada beri kesan dalam pelajaran tau! jangan main-main.

ok lah nak sambung buat proposal and study untuk test next week. woot! ganbate! ganbate!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...