Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Tuesday, November 9, 2010

Tengok Anime Pun Nak...

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera satu Malaysia, setelah sekian lama aku tak mengisi dan menulis apa-apa yang berfaedah atau apa-apa sahaja untuk santapan mata pelawat-pelawat yang sudi membaca walaupun sebaris ayat maka tergerak hati aku yang sedang sedih ini untuk mencoret sesuatu.

Perkara yang menyebabkan aku sudah agak lama tidak berblog adalah kerana aku hilang arah tuju dalam berblogging, dimanakah target aku yang sebenar dan apakah perancangan masa depan dalam aku berkongsi artikel disini. Tambahan pula aku sudah mengambil keputusan untuk menangguhkan pembeljaran aku di kolej kerana ketua program menasihatkan dan mencadangkan aku menangguhkan semester ini kerana risau tentang markah keseluruhan, ya lah, peperiksaan pertengahan penggal  aku tak hadir, banyak assignment tangguh, semua kerana aku dengan hal pindah rumah

Semester ini akan habis pada hujung November tetapi aku menangguhkannya, rugi? aku terpaksa. minda aku tak boleh fokus tatkala aku berada di kolej, jasad aku keletihan dek perjalanan yang jauh ulang alik 2-3 tempat, aku penat. Walaupun aku cuba rehat di Ixora Permai tempat aku menginap di kolej aku tetap rasa tidak selesa, aku tidak cuba untuk terlalu membebankan kepala dan otak aku memikirkan masalah-masalah yang menimpa, tetapi walaupun begitu tahap stress aku meningkat hingga kadang-kadang pandu kereta pun tak fokus! bahaya bahaya..

Tambahan pula, masalah yang melanda dalam keluarga terlalu sulit, kekadang mahu juga berkongsi dengan semua orang supaya semua dapat gambaran kasar kenapa dan mengapa tetapi pada fikiran aku semua itu akan lebih menyebabkan orang untuk menyibuk dalam hal remeh temeh yang tidak perlu dihidu pun!

Ya aku seorang lelaki,
Ya aku di kalangan yang tua antara rakan-rakan kolej,
Ya hanya aku sahaja yang boleh di supirkan kesana-sini,

Tetapi, pernahkah di agakkan yang aku ini...

Ada hati dan perasaan....
Patut dihormati walau sedikit...
Punya tenaga yang terhad...
Salah kah aku membuat ruang untuk diri aku?

Selesai sahaja menghantar borang tangguh semester di pejabat, hari hari berikutnya aku habiskan dengan bermain online game, main tanpa minat, hanya main kosong, dari satu raksasa ke satu raksasa, ulang-ulang.. halamak... kemudian aku salin semua anime kedalam external harddisk aku dan habiskan masa menontonnya di rumah, dan salah satu siri anime itu aku tonton hingga.......... menitis airmata.......... WHAT THE ****...

Tapi cerita tu memang tangkap jiwa pun haaahahahaha.... ehe.... hmmm... moving on..

Kesimpulannya "^_^ im a bit gloomy, leave me alone ^_^"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...