Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Wednesday, October 13, 2010

Kantoi Di Makmal Sekolah

          Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, tadi dalam kul 2pm ada lab test untuk subjek WAN Technology, tajuk yang masuk is Packet Tracer, contoh dia macam post sebelum ini. itu pun member kasi tau update 1/2 jam sebelum test berlangsung, haha dan disebabkan aku kepenatan aku suruh kawan-kawan bilik tolong cakapkan kat lecturer aku lambat sikit ke lab. lepas diorang belah aku bersiap la sambil-sambil belek nota packet tracer yang aku salin masa kelas malam tempoh hari pada minggu lepas, tak kaget sangat sebab dah buat latihan kat CC masa balik KL sambil-sambil kemas rumah.


          Habisje mekap aku pun angkut beg sekolah dan beg laptop, pakai kasut, turun bawah, letak barang dalam kereta dan start drive ke kolej. Tak rushing pun, sebab mata kelat plus hemisfera kanan kepala aku sakit  sikit. Alhamdulillah sampai jugak ke kolej, lepas parking aku pun sandang beg sekolah dan head to the lab di tingkat 3 @ bangunan batu. Sampai je kat tingkat 3 aku disapa dengan ayat yang agak best dari kawan sekelas yang berbunyi begini "Eh, ada pun Shukri, ingatkan takde... dia ni lagi best time periksa je datang... kelas tak masuk..". aku maaf kan aje dia, sebab dia tak tahu full story kenapa aku tak datang, bukan aku berlagak pandai sampai tak nak masuk kelas, kalau korang baca post sebelum-sebelum ni korang pun tahu kenapa aku tak pegi kolej. aku ignore je dan terus tanya kawan rumah aku "Weh Zul, test kat sini ke?" dia pun menjawab "Ha'ah...". Siapa Zul? kalau korang baca post tentang KeLe mesti korang kenal Zul hehe..


          Aku tgk jam dah hampir pukul 2.30pm, lecturer menyuruh kitorang keluar dahulu dari Lab untuk susun soalan [sebab soalan lain-lain; tiap orang tak sama], selesai proses itu kami pun dibenarkan masuk dan duduk di meja masing-masing. "Okeh boleh mula sekarang" kata En.Firdaus, jadi aku pun terus lah ambil pen dan tulis nama di kertas periksa dan mula baca arahan soalan, nasib baik baca kalau tak baca dan terus menonong buang sebijik macam semasa buat latihan, masak wo! sebab IP dan End Device ada tukar sikit, eh suda tukar ka? Coding punya coding, aku menghadapi 1 masalah, kenapa tak boleh ping ke 3 pc yang lain ni? adus... semua setting aku dah buat kot.... hmmm. untuk kepastian yang aku tak salah membuat coding aku pun create new file dan start over from scratch............... SAMA JUGAK! ARGH! apa lah masalah Packet Tracer ni? Masa berjalan ni.. hmmm


          Disebabkan masalah yang aku hadapi ini seperti bukan error dari aku dan mungkin dari version Packet Tracer, aku pun tanyalah En.Firdaus selaku lecturer yang jaga Lab dan aku agak terkejut kerana dia kata masalah yang aku hadapi sama seperti masalah yang dihadapi seorang budak kelas yang sedang ambil test di Lab 1, kitorang kat Lab 2. so aku ingat tak boleh fix la, kemudian aku tanya Zhi Li, dia pun mencadangkan aku save dalam Thumbdrive Official untuk test tuh dan cuba open Save File aku kat pc lain, dan aku buat lah, then cucuk kat PC dia. Try open, SAMA JUGAK! GRR.... aku mula argue pasal version yang kitorang guna dengan version yang ada sedia terinstall dalam Lab tuh, tapi kenapa Zhi Li punya boleh ping semua pulak? ini mengesahkan bahawa masalah tidak boleh ping itu datang dari salah setting a.k.a salah aku, >.<


          En.Firdaus suruh aku try buat kat PC Zhi Li dan try tgk apakah yang menyebabkan error tak boleh ping tu, so aku buat la balik untuk kali ke 3 kalinya tapi kali ini aku buat cara 'Place and Test' dan bukan letak semua, coding pastu baru nak test. aku pun letak la Tool Router, Switch dan 3 end Devices [PC] dalam workspace Packet Tracer tuh. Tarik nafas, hembus, come on shukri you can do this! i said. so aku start coding balik Switch and after that try to ping all the 3 End Devices, Still NO RESPONSE! WTF! >.< ini tak boleh jadi! so aku tekan satu-satu End Devices yang aku letak a.k.a Pc-A,pc-B dan Pc-C, aku tgk kat tab config, IP dah setting dah, kenapa tak boleh ping ni! dan tiba tiba ..........

PLING! MUNCUL LAH!~

aku dapat ilham, gambar-gambar tutorial yang aku past sebelum ini muncul dalam kepala, AHA! i know how to fix this! aku tak config ip kat bahagian Fast Ethernet macamana nak gerak ping tuh hahahahahaha, seriously a silly mistake. selepas letak ip kat bahagian Fast Ethernet, hmmmph.... boleh ping sudah.... telnet pun jalan... hehe... sendiri buat Tutorial pun tak ingat lagi hehe. SIAP! aku hantar jawapan dan soft copy save file untuk packet tracer tadi dan pulang dengan hati yang lega ^_^.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...