REMINDER : INI INTERPRETASI AKU TERHADAP KOMEN² MELAMPAU TERHADAP SESETENGAH ARTIKEL. DISINI AKU TEGASKAN BAHAWA ARTIKEL INI BUKAN UNTUK MENAMBAH²KAN PETROL PADA API YANG MARAK. CUMA MEMBERI PENDAPAT IKHLAS. BACA TANPA PREJUDIS.
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera dan salam respek kepada pengunjung2 tegar blog aku ni,
pada post kali ini aku nak berkongsi pendapat aku tentang certain people yang kalau nak menegur, dia ikut nafsu marah dia atau melampau atau tak nak carik orang yang lebih arif untuk dapat pendapat tentang hal yang tick him/her off, lalu menghamburkan semuanya ikut akal/ilmu dia yang cetek [bukan aku kata semua orang tak pandai, ya, jangan salah tafsir].
 |
Uztaz - gambar hiasan. |
sigh, aku bukan la penyokong 'pergerakan' anti-agama, aku juga bukanlah seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya, aku hanya seorang Muslim yang mempunyai pendidikan islam yang basic. cuma... aku pelik...
kenapa, kadang-kadang, apabila seseorang Muslim yang lain tidak mengikut atau membuat kesalahan dari segi agama mereka dicerca hina bagai mereka itu tiada harapan lagi? bukan kah kita hidup didunia ini sepanjang hidup dalam mode belajar, tell me, anda tahu semua perkara dalam dunia ini? yang tahu hanya Yang Maha Esa.
 |
Tight Legging - gambar hiasan |
aku tulis mode belajar seperti diatas tadi adalah kerana, sejak kebelakangan ini, muncul beberapa penemuan baru mengenai sesetengah individu yang membelakangkan agama seperti Legging, Fuck Puasa dan Radicality.
pada mulanya aku tersentak jugak dengan penemuan-penemuan macam tersebut tadi, sebagai seorang Muslim aku rasa marah, marah kerana...
1. mengapa mereka [si pelampau] sanggup berkata begitu sedangkan mereka adalah seorang yang beragama Islam,aku juga marah sebab mereka tidak mengendahkan janji-janji Allah terhadap orang yang berdosa.
2. mengapa rakan-rakan yang lain yang dekat dengan mereka yang sebegitu tidak mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membimbing mereka pulang? [pabila aku tulis rakan yang dekat, termasuklah keluarga, jiran, komuniti, rakan lain yang tahu mereka ini perlu bimbingan]
Tetapi kemudian aku cuba melihat dari perspektif rational, aku ubah dimensi pandangan aku dan aku berkata,
Mungkin...
 |
Fikir - gambar hiasan |
Mungkin mereka jadi begini kerana habitat mereka juga tidak memberi ilham kepada mereka untuk berubah kepada yang baik, contohnya,
Timah tidak boleh berpuasa atau sukar untuk berpuasa kerana sebab-sebab tertentu, jadi mengikut logik akal atau mengikut fokus dia pada ayat "...tiada paksaan dalam beragama" dia berfikir "...takpelah kalau tak puasa, kan tiada paksaan dalam beragama", lalu dia tidak berpuasa dan berpuasa ikut suka.
 |
Timah rasa Timah tak salah... -gambar hiasan |
Masalahnya disini:
Bagi sesetengah orang, menegakkan sesuatu yang mereka tidak faham sepenuhnya adalah sukar, jadi mereka seperti terawang-awang tiada bimbingan, mencari-cari jawapan sebenar. mereka perlu ditegur! tetapi teguran itu perlulah mengikut channel yang betul. apabila aku tulis channel maksud aku approach atau cara yang dapat diterima oleh mereka. okay kita letak Timah dalam situasi dimana dia makan dibulan puasa...
Dia perlu ditegur, tetapi bukan dengan HANYA marah atau bentak lebih-lebih lagi menghina! itu salah! teguran yang dibuat mestilah diikuti dengan bimbingan dan penerangan yang betul mengikut cara yang terbaik untuk menyedarkan si Timah bahawa berpuasa di bulan Ramadhan itu hukumnya wajib dan menghormati orang lain yang berpuasa itu dituntut. Ini yang sepatutnya dilakukan tetapi kebanyakan kes 'kurang faham agama' seperti ini, mereka dicantas dan dihakimkan tanpa peluang mereka explain kenapa mereka tidak menunaikan sesuatu suruhan agama itu / tanpa usul periksa punca sebenar. lebih-lebih lagi pabila Timah di hentam dengan ayat seperti "... masuk neraka lah kau.." atau "..komfirm murtad".
 |
syurga neraka bukan ditentukan manusia -gambar hiasan |
siapa kita nak tentukan neraka atau syurga seseorang itu? adakah kita ada kuasa prediction atau tilik masa depan yang orang yang diperkatakan 'kompom masuk neraka' itu mmg sah masuk neraka?
bagaimana jika si tertuduh sempat bertaubat?
jika kita menghakim seseorang itu dengan sesuatu yang dia tidak buat seperti "murtad", hukuman itu jatuh pada kita. na'uzubillah.
Dalam contoh yang aku berikan ini kita tahu yang Timah kurang faham mengenai tujuan,konsep,tuntutan berpuasa kan? So apabila kita dah tahu barulah kita "Ohh macam tu kisahnya..." dan ada niat untuk cuba bantu Timah untuk lebih memahami apa itu berpuasa di bulan Ramadhan.
Tetapi....
Jika aku tak berikan contoh dan sebab mengapa Timah berpelakuan begitu, apakah first impression korang pada Timah? Adakah korang akan cuba buka buku yang jelik itu untuk membaca dan memahami isi kandungannya atau korang hanya ASSUME? "Apahal lak si Timah ni makan time bulan puasa ni? mak bapak dia tak ajar ke? bodohnya...sesat... sesat..."
 |
Ass u me -gambar hiasan |
Perkataan ASSUME itu pun sudah menampakkan keburukan berprasangka. Tak percaya? cuba kita ceraikan perkataan ASSUME
ASS + U + Me = burukkan sesama sendiri.
 |
Dont Assume, Seek The Truth -gambar hiasan |
Pada pendapat aku, berprasangka itu normal lah untuk first time kalau jumpa atau nampak apa-apa tetapi jangan lah sesuatu yang kau assume itu ko jadikan sesuatu yang sahih sebab assume/prasangka is something yang tak confirm. aku kasi contoh simple lah:
 |
Is All Rotten? -gambar hiasan |
Telur Ayam atau apa-apa telur yang boleh dimakan yang bershell
macamana korang nak betul-betul tahu isi telur tu boleh digunakan atau tidak? mesti korang pecahkan dulu kan? kalau busuk maksudnya tak boleh digunakan kerana memudaratkan kesihatan. walaupun ada banyak cara lain nak tahu keadaan dalam telur tuh seperti goncang, twist, dan mcm2 lagi, tapi in the end kene APPROACH the egg and try to determine the status kan? atau korang anggap sume telur busuk...
 |
Im Not An Egg, Im Human -gambar hiasan |
Tetapi halnya dengan Timah tadi tidak lah boleh ambik quote about telur iaitu
" ....kalau busuk maksudnya tak boleh digunakan kerana memudaratkan kesihatan....."
dalam kes Timah dia perlukan bimbingan sedangkan telur itu bukan manusia dan tidak boleh dibentuk menjadi sesuatu yang boleh dimakan sebab dah sampai masa ia busuk.
Adakah contoh dan keterangan aku tak meyakinkan dan susah nak faham? maafkan aku. sebab aku pun manusia biasa. kalau aku salah aku alu-alukan korang untuk membetulkan aku, ya?
REMINDER : INI INTERPRETASI AKU TERHADAP KOMEN² MELAMPAU TERHADAP SESETENGAH ARTIKEL. DISINI AKU TEGASKAN BAHAWA ARTIKEL INI BUKAN UNTUK MENAMBAH²KAN PETROL PADA API YANG MARAK. CUMA MEMBERI PENDAPAT IKHLAS. BACA TANPA PREJUDIS.