Emergency Transmission

im coming back...
-JoniDipp

Sunday, September 26, 2010

iPlayGames : myChronicle

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia,
disebabkan aku suke main game so aku nak buat satu post about sume ONLINE game yang aku main.

segala-galanya bermula dengan 

Ragnarok Online
yaaa. aku ingat lagi masa-masa dia baru lauch kat Malaysia, boleh kata game online pertama yang succesfully penetrated the market masa tu, sume orang main, baik budak skolah sampai orang besar. aku dapat tahu game ni pun dari Cyber Cafe. ada banner besar. pastu time tuh dalam cc sume main so aku pun try la main. Dan disebabkan itu lah abang aku yang tue bangke tu pun terjebak, dia kata aku pembawak virus sebab kawan2 dia yang tue bangke pun main skali hahahahaha....

moving on.

selepas kejayaan RO, malaysia digegarkan dengan kemunculan 3D online game pertama di Malaysia.

Risk Your Life
Risk Your Life. title pun dah pikir 3 kali nak main [ time tu lah ] haha. game ni paling lama aku keep on playing until dia launch sequel dia RYL 2. aku stop kat RYL 2 halfway sebab gameplay dia dah mengarut, terutamanya enhancing features yang dah overrated. when i say overrated it mean boleh buat item GODLIKE yang UBER MENGARUT. and in between masa tinggalka RYL ngan RO server Original, aku main server-server private RYL dan RO. tapi tak lama lah. yang lama pun dekat RYL-Underground yang masih mengekalkan konsep asal RYL, sayangnya dah tutup server sebab serangan DDoS yang melampau. oh those memories.

Warcarft 3 : Reign of Chaos
Warcraft 3 adalah next in the list. game ni pada masa tuh terasa gempak gila sebab cinematic dia perghh [masa tu la]. pastu dia pakai enjin game baru untuk game isometric-like, lebih cantik dari Diablo [alah company yang develop pon sama, Blizzard haha]. aku tak main campaign dia sgt, tapi main LAN games, yang paling significant ialah DoTa atau Defense of The Ancient, satu map yang founded by a guy nicked Eul. 

Example DoTa interface Version 6.xx
masa tu map dia takde description kat item langsung! main tekan je la kalau nak beli barang pun haha. then came a guy who developed this map, his nick was Guinsoo. ya sounds korean, mmg korean pun yang buat map ni. sejak dari tu map2 Dota dating back version 2.00. kalau ada kawan2 dota yang baca ni kalau rasa salah tolong betulkan ye. disebabkan game W3 : RoC mendapat sambutan hangat, Blizzard kuarkan expansion dia which is

Warcraft 3 : Frozen Throne a.k.a Arthas Jahat
Ahahaha arthas jahat! disebabkan kene sumpahan Frostmourne. gameplay still sama just content update je.
next game is

MU Online @ Webzen
MU online. tak ingat la game ni main lepas RYL ke or in between RO and RYL. main game ni pun sebab kawan ajak suh try game nih. mula mula agak frustrated la dengan isometric camera angle yang static macam Diablo tapi lama2 layan gak haha. ada la naik lvl sampai lvl 20. pastu stop. NAIK LVL SANGAT LAMBAT! komuniti yang main MU kat CC tersebut pada masa itu sikit je. ada la dalam 5 orang [gamer tetap mu kat cc].

The next game ni aku rasa most gamer tegar tau
World Of Warcraft
Selepas seronok berperang sesama rakan2 dalam DoTa ada ura-ura kata Blizzard nak kuarkan game MMORPG base on warcraft dan World of Warcraft adalah end product dia. Berbeza dari gameplay isometric Warcraft, WoW offers 3D environment, tgk je la gamba kat bawah ni.

WoW Mounts
huii seronok main WoW! timetuh rahang jatuh lamtai la tgk environment dia, pergh! map besar! PvP Raid! Dungeon Epic! mmg jadi buah mulut la time tuh, skang WoW dah sampah dah sebab tuan punya story maker Warcraft kene buang dari Developer Group so jalan cerita WoW dah lari jauh dan mengaruts! sempat jugak la main sampai lvl 60, tapi rak sambung untuk expansion lvl 70 ke atas sebab takde duit. maklumlah bulan2 kene bayar kalau nak main! sanggup tu bayar! haha. Dan Macam biasa kalau dah takde duit tuh buat la cara takde duit kan, main pun kat CC, bayar duit pc lagi, lepak minum lagi, bulan2 bayar lagi! MAMPOS! abes duit allowance. hahaha. Oleh itu aku pun carik la Private server WoW, BANYAK! tapi BANYAK BUG, susah nak carik server yang elok, WoW is quest based LvLing [nak grinding pon boleh] so private2 server ni quest dia banyak tak scripted lagi.

Tapi selepas kemunculan game lepas ni, semua anggapan game online aku berubah sama sekali, game itu adalah

Guild Wars
GuildWars :Just as the name, perang guild. TOUGH! perkataan paling sesuai untuk describe game nih. tak macam game Asia lain yang fokus on Grinding [apa ko ingat pompuan penari perut je bole grinding?] yang bermaksud pukul monster seko2 untuk naik lvl macam orang gila. Max lvl GW only 20 sahaja tapi monster dia boleh naik sampai lvl 30! 

GuildWars:Factions

Teringat lagi masa lawan Kraken, Boss pertama kitorang hadap
Anak Kraken // Sori gamba kualiti Low
Dah la Kraken tu lvl 30, Besar dia nisbah 4:1 denga ketinggian karakter dalam game! amik masa 2 minggu nak bunuh sebab sebelum jumpa dia kene fight 3 wave PvP dengan NPC just to get the STICK to IMPALE him which is USELESS. URGH! kalau nak tau la, saat abes je bunuh Kraken, kitorang 5 orang terus tolak keyboard, bangun dari kerusi, pi amek angin sambil minum kat mamak. tak dapat dibayangkan tahap kepenatan yang MAKSIMAS. 10 minit~15 minit. terduduk diam. tak bercakap apa2. sume pandang muke sugul dan tension masing2. geleng kepala. isap rokok [ aku tak isap!].  dan.... sigh... tak reti nak express dah.
sekarang guildwars dah expansion ke 4. tgh tunggu Guild Wars 2 nak keluar hehe.

sebenarnya banyak game lain aku main sama kawan2. 90% game yang disenaraikan di OnRPG.com sume kitorang ada akaun dan main sikit2. heh. dari game budak2 sampai game browser macam DarkThrone, sume kami main. BAK DATANG AH GAME APE PUN.

HOH! penat aku buat post nih! korang tak baca atau komen mmg saje lah. haha.
ok lah nak rehat. harap kawan2 gamers boleh share exp masing2. kalau ada salah info minta maaf ye. ini dari pengalaman aku aje. hehe. 

adios.


2 comments:

Azuan said...

aku tak layan mana game on9...yang aku tahu warcraft dengan maple story aje...hohoo

Mohd Shukri Fadzillah said...

maple story tu online la BRO . wakakakakaka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...